Utusan Borneo (Sabah)

Muslim Matajim pemotret masyarakat Sabah

-

MUSLIM Matajim lahir di Kampung Darau, Manggatal pada tahun 1978. Minat melukis sejak kecil dipupuk oleh keluarga apabila ibu beliau Allahyarha­mah Senah bt Lahi yang juga seorang peminat lukisan memberikan kebebasan kepada beliau melakar dan melukis.

Ibunya selalu membelikan warna serta buku warna di pasar untuk dilakar dan diwarnakan. Semasa di sekolah tadika Muslim pernah melalui peristiwa pahit dan manis di antaranya beliau berjaya meniru bentuk dan warna ikan kayu yang ditiru dari buku.

Kejayaan seorang anak kecil tersebut telah membentuk sikap serta minat beliau hingga ke hari ini menghasilk­an karya aliran realis yang meniru secara sebenar sesebuah hal benda yang ingin dihasilkan.

Peristiwa tersebut telah melonjakka­n semangat serta keyakinan anak kecil yang merasakan bahawa beliau mempunyai bakat seni yang tinggi.

Bermodalka­n semangat tersebut pada hari ini Muslim Matajim boleh dianggap dalam kalangan pelukis tempatan sebagai seorang pelukis yang disegani kerana ketinggian keterampil­an beliau.

Sejak kecil selalu menghasilk­an karya plein aire atau lukisan bebas di luar studio. Oleh kerana rumahnya berdekatan dengan laut maka beliau selalu melukis hal benda yang berkaitan dengan pemandanga­n masyarakat laut terutamany­a kehidupan masyarakat Bajau.

Semasa memasuki sekolah menengah kemahiran beliau semakin menyerlah melalui pendedahan dalam mata pelajaran lukisan serta lawatan yang dibuat ke galeri negeri serta buku seni lukis dari luar yang didapati dalam perpustaka­an sekolah di samping galakan oleh guru senilukis beliau Cikgu Fauzi yang sangat perhatin terhadap bakat anak didik beliau.

Muslim sangat berminat dalam semua genre senilukis kontempora­ri namun yang paling beliau minat adalah membuat lukisan potret. Banyak lukisan potret telah dihasilkan beliau terutama sekali pemimpin negeri dan negara.

Salah satu karya beliau yang mendapat sanjungan di peringkat negara adalah apabila karya potret mantan pemimpin negara seperti Tun Abdul Razak dan sebagainya telah dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit, satu kejayaan yang tinggi untuk pelukis muda negeri di bawah bayu ini.

Di samping menyertai berbagai pameran di dalam dan luar negara beliau pernah mendapat penghormat­an mempamerka­n karya lukisan di Galeri The Lourve Paris salah sebuah galeri terkenal di dunia semasa mewakili Malaysia dalam pameran Tahun Pelanconga­n Malaysia di negara tersebut pada tahun 2014.

Pada mulanya karier seni lukis Muslim Matajim agak lembab terutama sekali sebagai anak kampung yang naif dan tidak mempunyai sokongan dan jaringan di kalangan pelukis tempatan. Namun nasib Muslim sangat baik dan beliau sangat berterima kasih dengan bapa saudaranya, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Gusni Saat dan isteri yang telah banyak memberikan galakan serta sokongan kepada beliau. Melalui Dr Gusni beliau telah diperkenal­kan kepada pengarah Galeri Negeri Sabah ketika itu sekitar 1980an Dato Muhamad Yaman Mus yang mengenalpa­sti akan bakat istimewa Muslim yang seterusnya telah dipelawa mengikuti beberapa bengkel serta kursus pendek seni lukis yang diadakan di Balai Seni Lukis Sabah ketika itu.

Salah seorang guru yang mengajar di bengkel tersebut adalah Zulkeflli Abdul Rahman atau terkenal di kalangan pelukis tempatan dengan panggilan Pok.

Pok adalah tokoh seni lukis yang menjadi guru kepada kebanyakan pelukis muda tempatan. Sejak berkenalan dengan Pok karier Muslim semakin menyerlah dan dijemput untuk membuat pameran yang pertama bersama Pelukis Cat Air Kinabalu (1996), Sabah Art Gallery, Open Water Colour Exhibition, dan beberapa pameran yang berprestij umpamanya Pameran Solo di Hotel Karamunsin­g; Sabah dan Pameran di Okanangan, Jepun dan banyak lagi pameran dalam dan luar negara.

Sebagai anak tempatan yang berasal dari keluarga nelayan banyak pengalaman yang dirakamkan oleh beliau berdasarka­n pemerhatia­n yang menceritak­an kehidupan penyeludup­an, pendatang tanpa izin yang berleluasa di negeri Sabah serta aktiviti negatif yang tercetus dari kehidupan haram.

Karya yang menggambar­kan kehidupan anak pendatang asing tanpa izin atau PTI digambarka­n melalui lukisan potret kanak kanak yang tidak terurus dari berbagai aspek.Muslim mengambil gambar serta lakaran yang kemudian dilukiskan di atas kanvas dengan media yang minimal misalnya beliau banyak menggunaka­n papan lapis dan bitumen, sejenis bahan untuk menampal bumbung yang bocor.

Maksudnya bagi melukiskan peristiwa berkrisis tinggi tidak perlu menggunaka­n warna memadai menggunaka­n bahan minimal yang menjelaska­n tujuan pelukis menyampaik­an maksudnya. Oleh kerana kepakaran Muslim terhadap lukisan potret sangat dikagumi oleh peraih seni maka banyak tempahan lukisan yang dihasilkan untuk tujuan memorial atau kenangan seperti siri potret rasmi pemimpin fakulti di Universiti Malaysia Sabah dan juga pemimpin negeri.

Jelas sekali pelukis yang pemalu ini tidak berhenti untuk menghasilk­an karya semata-mata bahkan beliau berusaha untuk membaiki diri dan kerjayanya dengan melanjutka­n pelajaran di peringkat Sarjana Teknologi Seni Visual dengan kajian penilaian karya seni kanak kanak down-syndrome yang menjadi minat dan fokus beliau kini. Dengan harapan bahawa kanak kanak yang kurang upaya juga mendapat penilaian seni visual yang saksama.

Muslim sangat berminat dalam semua genre senilukis kontempora­ri namun yang paling beliau minat adalah membuat lukisan potret.Banyak lukisan potret telah dihasilkan beliau terutama sekali pemimpin negeri dan negara. Salah satu karya beliau yang mendapat sanjungan di peringkat negara adalah apabila karya potret mantan pemimpin negara seperti Tun Abdul Razak dan sebagainya telah dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit, satu kejayaan yang tinggi untuk pelukis muda negeri di bawah bayu ini.

 ??  ??
 ??  ?? MURAL Universiti Kolej Yayasan Sabah. 2017. Kanvas dan Bitumin.
MURAL Universiti Kolej Yayasan Sabah. 2017. Kanvas dan Bitumin.
 ??  ?? (Gambar atas) LUKISAN Potret anak PTI . 2015 Papan lapis dan bitumen.
PENJUAL Rokok Haram. Papan lapis dan
(Gambar atas) LUKISAN Potret anak PTI . 2015 Papan lapis dan bitumen. PENJUAL Rokok Haram. Papan lapis dan
 ??  ?? POTRET Profesor Inon Shahrudin UMS. Cat minyak. 2018.
POTRET Profesor Inon Shahrudin UMS. Cat minyak. 2018.
 ??  ?? POTRET Profesor Ismail Ibrahim. Cat Minyak.
POTRET Profesor Ismail Ibrahim. Cat Minyak.
 ??  ?? POTRET Professor Dato Hamdan Adenan. Cat Minyak. 2018.
POTRET Professor Dato Hamdan Adenan. Cat Minyak. 2018.
 ??  ??
 ??  ?? CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS
CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS
 ??  ?? MUSLIM MATAJIM
MUSLIM MATAJIM
 ??  ?? (Gambar kiri) bitumen.
(Gambar bawah) KAMBING GURUN. 2016. Catan Air.
(Gambar kiri) bitumen. (Gambar bawah) KAMBING GURUN. 2016. Catan Air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia