Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP SEDIA PINDA

Undang-undang bolehkan kawalselia bagi lindungi kepentinga­n pengguna

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedia melakukan pindaan undang-undang sekiranya perlu bagi membolehka­n aspek kawalselia untuk melindungi kepentinga­n pengguna dengan lebih berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KPDNHEP akan mengumpul aduan pengguna setiap hari dan kemudian menyerahka­n laporan bulanan 10 aduan yang teratas kepadanya.

Katanya, daripada 10 aduan teratas, tiga aduan paling utama adalah melibatkan aduan harga barang (45 peratus), aduan penipuan dalam talian (20 peratus) dan aduan iklan yang mengeliruk­an (10 peratus).

“Tetapi yang cepat sekali meningkat sekarang ini adalah aduan penipuan dalam talian. Ini kerana trend perniagaan e-commerce semakin banyak ketika ini. Sebagai kementeria­n yang bertanggun­gjawab terhadap pendaftara­n dan penguatkua­saan, kami melihat memang banyak peningkata­n bagi ecommerce.

“Dan ia diikuti dengan peningkata­n penipuan dalam talian. Sebab itu kami di kementeria­n ambil langkah berjaga-jaga. Saya telah beri arahan khusus kepada Tribunal Tuntutan Pengguna yang menjadi platform pengguna agar kes aduan mereka diteliti dan setakat ini mereka berjaya urus dan selesaikan semua aduan.

“Maknanya dari sudut keperluan undang-undang, buat masa sekarang saya anggap sebagai memadai tetapi kami sedia untuk melakukan pindaan sekiranya perlu bagi membolehka­n aspek kawalselia itu untuk melindungi kepentinga­n pengguna dapat kami jalankan dengan lebih berkesan,” katanya kepada media selepas melancarka­n Karnival Jualan Pengguna - Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019 di Padang Bandaran Sandakan di sini pada Sabtu.

Mengenai karnival itu, Saifuddin berkata pihaknya diberikan peruntukan sebanyak RM20 juta pada belanjawan lalu khusus untuk menjalanka­n kempen beli barangan buatan Malaysia.

Sehubungan itu, pihaknya komited melaksanak­an pelbagai pendekatan termasuk karnival berkenaan untuk memperheba­t kempen itu sepanjang tahun ini di seluruh negara.

Terbaharu, KPDNHEP turut berkolabor­asi dengan AirAsia yang mana sebanyak 550 produk buatan Malaysia akan dipasarkan melalui platform dalam talian milik syarikat penerbanga­n itu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berpandang­an usaha KPDNHEP dalam menganjurk­an ekspo jualan seperti itu boleh dicontohi oleh semua pihak dalam memberikan lebih pilihan kepada masyarakat untuk berbelanja.

Katanya, penganjura­n karnival jualan itu merupakan satu pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmat­an keluaran tempatan.

 ??  ?? SAIFUDDIN (kanan) menerima cenderahat­i selepas melancarka­n Karnival Jualan Pengguna - Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019.
SAIFUDDIN (kanan) menerima cenderahat­i selepas melancarka­n Karnival Jualan Pengguna - Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia