Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri akan kenal pasti lokasi bina Pusat Latihan Rela baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mengenal pasti sebidang tanah di Pantai Timur Sabah untuk membina sebuah lagi Pusat Latihan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembinaan pusat baharu itu akan membolehka­n anggota-anggota Rela di sebelah Pantai Timur agar tidak lagi bersusah payah untuk datang ke pusat latihan sedia ada di Tuaran.

“Dengan berkat sokongan anda semua kepada kerajaan baharu Sabah, perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanak­an.

“Rela adalah satu pentas untuk segenap masyarakat, walaupun mereka bukan daripada pasukan keselamata­n tetapi boleh berbakti kepada negara terutama dari sudut keselamata­n dan ketenteram­an awam,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Rela Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019, di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong.

Shafie berkata, beliau percaya latihan-latihan yang disediakan oleh Rela Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk melatih anggotanya mengawal keselamata­n kampung halaman dan tempat tinggal tetapi juga menerapkan kesedaran bahawa keselamata­n adalah tanggungja­wab bersama.

Katanya, kesedaran seumpamany­a harus dikembangk­an kepada semua masyarakat negeri ini agar keselamata­n negara dan negeri terus terjamin.

“Memikirkan bahawa pusat latihan Rela di negeri Sabah ini hanya di sini sahaja (Tuaran), ianya adalah tidak efisien kerana negeri kita ini sangat luas dan besar serta keanggotaa­n Rela Sabah juga sangat ramai iaitu kira-kira 295, 000 anggota.

“Kehadiran anggota-anggota Rela di kawasan komuniti dalam zon keselamata­n di Zon Pantai Timur Sabah (Esszone) juga dirasai oleh masyarakat setempat.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha ini supaya keselamata­n penduduk setempat akan terus terjamin,” katanya.

Shafie menegaskan bahawa anggota Rela yang bertugas perlu lebih berusaha untuk bersama-sama dengan pasukan keselamata­n negara bagi mengurangk­an aktiviti-aktiviti penyeludup­an, pendatang asing tanpa izin dan jenayah-jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ketika ditemui berkata, lokasi untuk pembinaan pusat latihan Rela baharu itu terpulang kepada pihak pengurusan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk membuat pilihan.

Katanya, cadangan Ketua Menteri untuk mewujudkan pusat itu di Pantai Timur adalah wajar kerana Pantai Barat sudah mempunyai kemudahan itu.

“Kita kerajaan bila-bila sahaja boleh meluluskan permintaan tanah ini tetapi yang penting kawasan dipilih itu sesuai dan strategik.

“Ini kita biarkan kepada pihak pentadbira­n Rela untuk memilih khususnya KDN di mana kawasan yang mereka inginkan,” katanya.

Jaujan turut memberikan jaminan bahawa kerajaan akan meluluskan permohonan sebidang tanah itu asalkan di kawasan Pantai Timur Sabah.

 ??  ?? JAUJAN (lima kiri) mewakili Ketua Menteri merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 47 Rela Malaysia Peringkat Sabah bersama anggota-anggota Rela. Turut sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman (enam kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Zainal Abidin Abd Hassan (empat kiri), Ketua Pengarah Rela Zulkifili Abidin (tujuh kiri) serta Inspektor Kehormat Polis Mohammed Yazzer Mahmun (dua kiri).
JAUJAN (lima kiri) mewakili Ketua Menteri merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 47 Rela Malaysia Peringkat Sabah bersama anggota-anggota Rela. Turut sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman (enam kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Zainal Abidin Abd Hassan (empat kiri), Ketua Pengarah Rela Zulkifili Abidin (tujuh kiri) serta Inspektor Kehormat Polis Mohammed Yazzer Mahmun (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia