Utusan Borneo (Sabah)

Peletakan jawatan Suzaini urusan dalaman STB, tiada kaitan politik

Peletakan jawatan Suzaini urusan dalaman STB

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew nafi kabar angin yang mendakwa peletakan jawatan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani baru- baru ini, ada kaitan politik.

Jelasnya, keputusan itu adalah urusan dalaman STB yang sudah dibincangk­an dan dimuktamad­kan oleh Lembaga Pengarah STB dan perlu diterima.

“Saya tidak terfikir ia (peletakan jawatan) Suzaini bersifat politik kerana saya sudah menjadi Menteri Pelanconga­n selama 10 bulan.

“Jadi macam mana ia boleh menjadi politik? Bagaimanap­un, ini adalah urusan dalaman ... Keputusan itu datang dari ahli lembaga STB dan saya menghormat­i keputusan itu, “katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Hari Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, di sini pada Sabtu.

Christina yang juga merangkap Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar itu berkata, jawatan itu kini diambil alih oleh Timbalan Pengurus Besar STB Noredah Othman.

Katanya, Noredah adalah individu yang direkomen oleh lembaga STB kepada beliau yang sesuai menggantik­an posisi Suzaini bagi mengetuai lembaga berkenaan.

“Dia (Noredah) sudah berkhidmat di beberapa jabatan di bawah kementeria­n dan telah berkhidmat selama 29 tahun.

“Sebelum pelantikan­nya sebagai pengurus besar, dia sudah menjadi timbalan pengurus besar selama empat atau lima tahun yang lalu.

“Saya percaya dia akan dapat memikul tugas itu dan kini kita hanya memfokus untuk maju ke hadapan dengan pengurus yang baharu ini,” katanya.

Mengenai program pula, beliau berkata, ia satu usaha yang baik yang mana dapat mendekatka­n pemimpin bersama rakyat sekaligus dapat mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi secara bersemuka.

Selain itu katanya, pengisian program yang bermanfaat seperti pameran berkaitan isu kesihatan, kemalangan jalan raya dan dadah juga akan memberi pendedahan dan kesedaran kepada rakyat bagi menjalani gaya hidup sihat dan teratur.

Justeru, beliau berharap program seumpama itu akan terus dianjurkan oleh manamana agensi dengan kerjasama kerajaan negeri.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Kemas Sabah Muhammad Abu Bakar dan Guru Besar SK Sacred Heart Tony Ong.

 ??  ?? PENGUNJUNG dan warga sekolah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat semasa Program Hari Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, pada Sabtu.
PENGUNJUNG dan warga sekolah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat semasa Program Hari Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, pada Sabtu.
 ??  ?? PROGRAM kecergasan yang dikendalik­an oleh Ratu Karate Sabah merangkap Presiden Kelab Kecergadan Fizikal Fuze Sabah Michelle Koh yang menjadi pengisian program Hari Mesra Rakyat di SK Sacred Heart di sini.
PROGRAM kecergasan yang dikendalik­an oleh Ratu Karate Sabah merangkap Presiden Kelab Kecergadan Fizikal Fuze Sabah Michelle Koh yang menjadi pengisian program Hari Mesra Rakyat di SK Sacred Heart di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia