Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi suspek kes pukul ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tiga lagi suspek kes pukul di tingkat lima sebuah pusat beli belah berjaya ditahan polis kira-kira jam 7.30 malam Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abdul Rakman berkata, kesemua suspek berumur 20 hingga 25 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Lok Bunoh Jalan Sepanggar Manggatal di sini.

“Kesemua suspek dipercayai terbabit dalam kes pukul sehingga mencederak­an dua warga tempatan dan tular di media sosial pada 14 April lalu.

“Suspek kini direman sehingga 22 April untuk disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana menjalanka­n rusuhan tanpa senjata manakala dua suspek yang berjaya ditahan Selasa lalu sedang direman sehingga hari ini (20 April),” katanya.

Tambahnya polis kini sedang mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kes sama.

Dua warga tempatan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan muka selepas dipukul secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali kira-kira jam 4 petang semasa berada di pusat beli belah terbabit.

Mangsa berumur 22 tahun itu mendakwa tidak mengenali sesiapa dalam kumpulan terbabit malah tidak tahu kenapa dia dipukul secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki berkenaan.

Kejadian itu kemudianny­a tular di media sosial Facebook sebelum dikongsika­n oleh hampir ratusan pengguna media sosial yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua suspek terlibat.

Polis bagaimanap­un menjalanka­n tugas dengan cemerlang apabila berjaya menahan dua suspek selepas kurang dua hari dari kejadian.

 ??  ?? TIGA lagi suspek yang berjaya ditahan pihak polis dipercayai terlibat dalam kes pukul sehingga mencederak­an dua warga tempatan.
TIGA lagi suspek yang berjaya ditahan pihak polis dipercayai terlibat dalam kes pukul sehingga mencederak­an dua warga tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia