Utusan Borneo (Sabah)

Pusat sambut baik DUN Sabah

Sokong usul pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n

-

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong menyambut baik langkah proaktif Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menerusi persidanga­n baru-baru ini yang menyokong usul tergempar agar pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n dibawa ke Parlimen semula dengan secepat mungkin.

Menurutnya, ia merupakan satu perkembang­an positif yang mana dapat dilihat langkah berkenaan begitu baik untuk menerima Sabah dan Sarawak dikembalik­an sebagai rakan seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Secara keseluruha­nnya, saya amat gembira dapat melihat satu tindakan yang positif daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Pusat amat menghargai tindakan ini.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin rakamkan penghargaa­n kepada Ketua Menteri Sarawak yang telah dapatkan persefaham­an dalam perkara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

“Walaupun DUN Sarawak belum bersidang dan belum ambil tindakan berhubung perkara ini, tetapi saya yakin mereka akan ambil langkah yang sama seperti Kerajaan Negeri Sabah ,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Iltizam SMK Elopura 2 di Sandakan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau menekankan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk melaksanak­an MA63 yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dihadiri bersama Ketua Menteri Sabah dan Sarawak akan terus berjalan dengan lebih aktif untuk memastikan MA63 dapat diteruskan.

“Walaupun Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n itu tidak disokong penuh dari pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi saya akan ambil masa untuk

“Secara keseluruha­nnya, saya amat gembira dapat melihat satu tindakan yang positif daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Pusat amat menghargai tindakan ini.

DATUK LIEW VUI KEONG

bersua muka dengan Ketua Menteri Sarawak dalam masa terdekat untuk kemukakan agenda dalam perkara ini supaya mereka lebih faham tujuannya.

“Saya juga akan ambil langkah proaktif untuk berjumpa pemimpin GPS untuk tujuan yang sama. Namun apa yang penting, mesyuarat di bawah Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk melaksanak­an MA63 ini masih berjalan dengan lancar,” jelasnya.

 ??  ?? LIEW (lima, kanan) ketika merasmikan Majlis Anugerah Iltizam SMK Elopura 2 pada Sabtu.
LIEW (lima, kanan) ketika merasmikan Majlis Anugerah Iltizam SMK Elopura 2 pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia