Utusan Borneo (Sabah)

KPJ anjur Hari Kesihatan Sedunia melibatkan lebih 100 peserta

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah menganjurk­an Hari Kesihatan Sedunia dengan penglibata­n seramai lebih 100 peserta terdiri daripada Perunding Residen, jururawat, ahli farmasi, serta kanak-kanak dari Pusat Anak Permata Negara bersama ibu bapa dan guru.

Bertemakan ‘Universal Health Coverage: Everyone, Everywhere’, menekankan kesedaran kepada semua masyarakat supaya mendapat akses kepada perkhidmat­an kesihatan yang berkualiti di mana sahaja, tanpa mengalami kekangan kewangan.

Selain itu, program ini diadakan bagi memastikan masyarakat memandang berat ke arah mewujudkan tingkah laku kesihatan yang betul dan mendidik diri bagi meningkatk­an kesihatan diri.

Dua penceramah diundang khas dari Hospital Pakar KPJ Sabah sendiri iaitu Pakar Runding Diet Joanne Bernadette John dan Ketua Kumpulan Jururawat Kawalan Jangkitan Sister Jennie.

Semasa menyampaik­an ceramah, Joanne menekankan aspek cara pemakanan diet yang sihat bagi membantu pesakit diebetes, sekaligus memberi tenaga dan nutrisi yang mencukupi.

Manakala, Sister Jennie mengulas mengenai penjagaan kebersihan tangan yang betul dan berkesan bagi mengelak jangkitan kuman berbahaya.

Selain itu, ceramah mengenai kepentinga­n vaksin turut dibentangk­an dengan tayangan klip video oleh Pediatrik KPJ Sabah Resident Dr. Sharon Chan.

Menurut Dr. Sharon, terdapat beberapa kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang kegunaan vaksin.

Katanya, vaksinasi adalah bahagian penting dalam urusan kesihatan keluarga dan kesihatan awam.

“Vaksin mencegah penyebaran penyakit berjangkit, berbahaya dan juga maut termasuk campak, polio, gondok, cacar air, batuk kokol, diphtheria dan HPV,” katanya.

Pada masa sama, gerai pameran produk makanan dan minuman, kaunter pemeriksaa­n kesihatan dan produk insurans turut dibuka.

Turut berlangsun­g ialah aktiviti riadah seperti senaman Yoga, pertanding­an mewarna kepada kanak-kanak, penyiaran video di media sosial dengan hashtag kpjsabah, pertanding­an tips hidup sihat, pemeriksaa­n kesihatan asas, dan cabutan bertuah.

 ??  ?? PESERTA yang terdiri daripada kanak- kanak merakam gambar kenangan bersama warga Hospital Pakar KPJ Sabah.
PESERTA yang terdiri daripada kanak- kanak merakam gambar kenangan bersama warga Hospital Pakar KPJ Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia