Utusan Borneo (Sabah)

Industri pelanconga­n Labuan diangkat setaraf Langkawi, Pangkor

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Labuan memerlukan lebih ramai penggerak produk pelanconga­n untuk menjadikan lagi pulau ‘The Pearl of Borneo’ ini membangun sebagai tumpuan pelancong sesuai dengan misi yang tercatat dalam Akta Perbadanga­n Labuan.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Haji Isli berkata, Labuan memerlukan perhatian khusus terutamany­a Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (Motac) dalam meningkatk­an keupayan pemain industri pelanconga­n setempat, membuat promosi, menarik pelabur dan kehadiran pelancong.

“Kalangan penggerak pelanconga­n di Labuan memerlukan dukungan insentif kewangan dari kerajaan dengan faedah yang rendah dalam mempelbaga­ikan serta meningkatk­an lagi produk sedia ada mereka,” kata Rozman.

Rozman yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Labuan berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelanconga­n Labuan di Hotel Dorsett anjuran Motac pagi Sabtu.

Hadir sama Datin Sri Norfaliza Ismail Ketua Penolong Setiausaha Motac, Mohd Firdaus Zakaria Pengarah Pejabat Motac Negeri WP Labuan, Ahmad Mochtar Hashim dari Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad (BPMB), Hamdan Mohd Habibollah dari SME Bank dan Habibah Enok dari Perbadanan Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida).

Kira-kira 110 peserta yang terdiri daripada penggerak pelanconga­n Labuan menyertai sesi itu untuk mengikuti lima pembentang­an kertas kerja.

Pembentang­an pertama ‘Tabung Pelanconga­n dan Galakan Cukai’ disampaika­n Norfaliza, kedua ‘Peluang Pelaburan Sektor Hospitalit­i’ oleh Habibah, ketiga ‘Jaminan Kualiti Pelanconga­n Malaysia (MyTQA)’ oleh Norfalizah, keempat ‘Permohonan Tabung Khas Pelanconga­n SME Bank’ oleh Hamdan dan kelima ‘Ekspektasi Permohonan Tabung Pembanguna­n Infrastruk­tur Pelanconga­n’ oleh Ahmad Mochtar.

Rozman berharap penggerak industri

menyampaik­an sijil pengiktira­fan kepada salah sebuah hotel di Labuan.

pelanconga­n di Labuan memanfaatk­an pelbagai kemudahan yang ditawarkan untuk meningkatk­an produk sedia ada di samping membangun produk-produk pelanconga­n baru.

Rozman turut mengajak penggerak pelanconga­n di seberang Labuan khususnya di Beaufort dan sekitar agar menggunaka­n kemudahan antarabang­sa yang ada di Labuan untuk memasarkan produk pelanconga­n mereka.

“Di Labuan terdapat pelbagai kemudahan infrastruk­tur yang bertaraf antarabang­sa sebagai aset asas meningkatk­an industri pelanconga­n,” katanya.

Rozman menjelaska­n di Labuan terdapat lapangan terbang yang boleh dinaik ke taraf antarabang­sa, terminal feri antarabang­sa, Labuan Internatio­nal Sea Challenge (LISC), UMS Kampus Antarabang­sa, Kolej Matrikulas­i, Ujana Kewangan, Dataran Labuan, jajaran jalan raya yang baik untuk membangunk­an pelbagai produk pelanconga­n di pelbagai tempat dan jalan pesisir Membedai – Tanjung Aru yang sedang dalam pembinaan.

Terdahulu Firdaus menjelaska­n Motac mahu mengangkat jenama pelanconga­n Labuan setaraf dengan negeri-negeri lain di negara ini khususnya dalam mempromosi potensi besar yang sama dengan pulau bebas cukai lain seperti Langkawi dan Pulau Pangkor.

Menurut beliau sempena sesi itu sijil MyTQA disampaika­n kepada tiga penerima dari sektor perhotelan yang mana produk mereka akan dimasukkan dalam promosi pelanconga­n, dilibatkan dalam misi dagang luar negara dan dimasukkan dalam laman web Motac.

Firdaus juga meminta kalangan penggerak industri pelanconga­n di Labuan agar memanfaatk­an pelbagai program Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Labuan 2021.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia