Utusan Borneo (Sabah)

Ibubapa perlu tahu aktiviti kanak-kanak

-

KOTA BELUD: Ibu bapa perlu mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka di luar rumah selepas waktu bersekolah, bagi membendung gejala tidak sihat yang kian berleluasa dewasa ini, kata Wakil Ketua Anak Negeri, Sapilin Eali.

Menurut Sapilin lagi, dasar langit terbuka yang melanda dunia sekarang bukanlah suatu benda yang asing, malah wajar diterima sebagai salah satu agen pembawa maklumat tepat, namun sebaliknya jika ia disalah guna, ia mampu mendatangk­an banyak keburukan berbanding kebaikan.

Katanya, PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) boleh mengambil peranan yang lebih proaktif melalui ahli-ahlinya bagi memastikan perkara-perkara sedemikian tidak berlaku dengan cara terus memberi kerjasama erat dengan pihak sekolah bagi menentukan hala tuju pendidikan berkualiti.

“Pastikan anak-anak belajar atau membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru selepas pulang daripada sekolah. Selain daripada itu, selalu luangkan masa dengan anak-anak supaya wujud interaksi yang baik yang akhirnya membina sahsiah cemerlang bagi anak-anak,” ujarnya.

Sapilin berkata demikian ketika merasmikan program Lawatan Mantan YDP PIBG 1997/1998 dan penyampaia­n sumbangan zakat kepada murid oleh mantan YDP PIBG SK Tamau 1997/1998, Akiah Barabag.

Turut hadir ialah mantan YDP PIBG SK Tamau 1997/1998 Akiah Barabag, Guru Besar SK Tamau, Ramlee Daud dan YDP PIBG SK Tamau Matnoer Eali.

Sapilin menambah, ibu bapa tidak seharusnya memanjakan anak-anak dengan memberikan mereka gajet dan telefon pintar, kerana langkah berkenaan dikhuatiri akan membunuh minda dan daya kreatif mereka, malahan mampu membunuh minat anak-anak untuk menelaah pelajaran.

“Jelaskan kepada anak-anak apa keburukan dan kebaikan memilikiny­a dengan cara berhemah. Kita tidak boleh juga menjauhkan mereka daripada ledakan teknologi maklumat ini, namun kita harus berpada-pada kerana keburukan dan kebaikan zaman ini hanya berada di hujung jari,” tegas Sapilin.

Dalam program berkenaan, mantan YDP PIBG 1997/1998 Akiah Barabag menyampaik­an sendiri sumbangan zakat kepada 30 orang asnaf yang terdiri daripada penuntut SK Tamau, serta sumbangan kepada SK Tamau berbentuk kewangan dan peralatan sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia