Utusan Borneo (Sabah)

Warisan Tawau komited jalin kerjasama

Bantu pemimpin setempat tangani isu di peringkat akar umbi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Tawau sedia memberikan komitmen membantu pemimpin-pemimpin setempat menangani isu-isu di peringkat akar umbi.

Khususnya, melibatkan pemimpin-pemimpin setempat seperti Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Kapitan Cina di kawasan Bahagian Tawau.

Ketuanya, Salip Ejal berharap pemimpinpe­mimpin setempat tidak akan mengenepik­an Warisan Tawau dalam usaha mengukuhka­n keberkesan­an sistem penyampaia­n kerajaan.

“Kita sedia bekerjasam­a dengan pemimpin-pemimpin setempat khususnya berkaitan aspek kebajikan rakyat dan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Kita mahu turut serta sebagai pemain aktif untuk memastikan agenda-agenda kerajaan terutamany­a membantu rakyat di peringkat akar umbi dapat direalisas­ikan,” katanya.

Salip berkata demikian selepas mempengeru­sikan program taklimat bersama pemimpin setempat di Bilik Mesyuarat (Pusat Transforma­si Bandar) UTC di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemimpin-pemimpin setempat diharap menjalanka­n amanah sebaik mungkin sesuai dengan pelantikan dan tanggungja­wab yang digalas.

“Kalau dahulu rakyat keliru untuk mencari tempat mengadu, biarlah kali ini pemimpin-pemimpin setempat menjadi pusat aduan warga marhaen yang lebih berkesan.

“Kita di peringkat Warisan Tawau sedia memberi kerjasama termasuk mengagihag­ihkan tugas dan disesuaika­n mengikut keperluan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya.

Menurutnya, Warisan Tawau juga dalam perancanga­n untuk berpindah dan membuka pejabat baharu di Sabindo Bandar Tawau selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadan.

Beliau berkata pemindahan pejabat baharu itu juga diharap akan dapat mempermuda­hkan lagi hubungan kerjasama antara Warisan Tawau dan pemimpin-pemimpin setempat.

“Kita juga mahu supaya hubungan baik dengan Parlimen Tawau serta Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Apas, Balung dan Sri Tanjung terus terjaga,” katanya.

Ditanya mengenai perubahan pucuk pimpinan Warisan Tawau, Salip berharap perkara itu tidak menjadi penghalang untuk kerjasama sesama ahli Warisan terus diperkukuh­kan.

Malah, ‘pejuang-pejuang’ lama Warisan diharapkan­nya supaya tidak berkecil hati atau menjauhkan diri, sebaliknya bersama-sama kepimpinan baharu mengukuhka­n parti itu.

“Pada pemilihan parti di peringkat pusat kali ini juga, saya tidak bertanding kerana mahu memberikan fokus kepada pengukuhan Warisan di peringkat Bahagian Tawau,” katanya. Termasukla­h, menggerakk­an usaha menambah keahlian parti di peringkat akar umbi selain mengukuhka­n hubungan Warisan dengan parti-parti kerajaan yang sedia ada.

“Kita berharap pemimpinpe­mimpin yang mendapat kepercayaa­n perwakilan menerajui Warisan di peringkat pusat kelak, akan terus setia menyokong kepimpinan Presiden Parti.

“Matlamat penting kita untuk memastikan Warisan terus kekal sebagai parti peneraju utama kerajaan di Sabah dan mustahak untuk kita semua mengelak perpecahan,” katanya.

Untuk rekod, seramai 20 pemimpin setempat hadir pada program taklimat yang diadakan dengan kehadiran penceramah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Tawau.

 ??  ?? SALIP mempengeru­sikan program taklimat Warisan Bahagian Tawau bersama pemimpin-pemimpin setempat di Bilik Mesyuarat UTC Tawau.
SALIP mempengeru­sikan program taklimat Warisan Bahagian Tawau bersama pemimpin-pemimpin setempat di Bilik Mesyuarat UTC Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia