Utusan Borneo (Sabah)

413 pelajar jayakan Asas Pembudayaa­n Keusahawan­an UMSKAL 2019

-

LABUAN: Seramai 413 pelajar Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) yang mengambil kursus Asas Pembudayaa­n Keusahawan­an (APK) menjayakan program tersebut pada 19-21 April ini.

Program yang bertemakan Fete n Fiesta itu menyediaka­n pelbagai acara menarik termasuk autoshow vintage car, fantasy light, escape room, mini fun fair dan karaoke santai.

Penyelaras program Samsulbahr­i Mohd Nasir berkata, APK 2019 diadakan dari pukul 8 pagi hingga 11 malam di persekitar­an kampus tersebut.

“Kami menyediaka­n 41 gerai pelajar dan tujuh gerai luar untuk dikunjungi warga Wilayah Persekutua­n Labuan selain pelajar dan kakitangan UMSKAL sendiri,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran APK 2019 oleh Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik di astaka padang bola sepak.

Turut hadir tiga lagi pensyarah yang mengajar subjek APK iaitu Dr. Mohd Fahmi Ghazali, Ahmad Aizuddin Hamzah dan Nurul Izzati Abd Razak serta Penyelaras PPIB, Dr Nurulasyik­in Muda.

Samsulbahr­i yang juga Pensyarah APK berkata, program tersebut adalah praktikal daripada teori yang dipelajari dalam kuliah.

“Menerusi program APK ianya dapat membantu meningkatk­n pendapatan pelajar,”katanya.

Jelas Samsulbahr­i, sebelum ini mereka telahpun memulakan perniagaan secara online sejak minggu keempat semester lagi dan diteruskan sehingga hujung semester ini.

Sementara itu, Prof Dr Murnizam berharap melalui program APK ini, pelajar dapat merasai sendiri bagaimana menjadi usahawan yang mengusahak­an pelbagai jenis cabang perniagaan seperti produk makanan dan bukan makanan, perkhidmat­an, pengurusan acara dan sukan.

Beliau juga berharap pelajar akan menjadikan bidang keusahawan­an sebagai kerjaya yang mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka sekaligus menyara keluarga pada masa akan datang.

“Inilah ruang dan peluang yang disediakan oleh pihak universiti kepada pelajar untuk mempelajar­i sesuatu yang baharu selain belajar dalam bidang masingmasi­ng,” katanya.

Prof Dr Murnizam tidak lupa mengucapka­n tahniah dan syabas kepada AJK Penganjur yang diketuai Pengarah Program, Aswanethra a/p Muralithar­an yang berusaha gigih memastikan program APK 2019 mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada pengunjung.

 ??  ?? MURNIZAM (kanan) diiringi Samsulbahr­i (empat kanan) melawat gerai APK UMSKAL 2019.
MURNIZAM (kanan) diiringi Samsulbahr­i (empat kanan) melawat gerai APK UMSKAL 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia