Utusan Borneo (Sabah)

Usaha SEAS disambut baik

Dalam perkasakan golongan wanita kawasan luar bandar

-

MEMBAKUT: Pembantu Menteri Kesihatan Dan Kesejahter­aan Rakyat, Norazlinah Arif menyambut baik usaha

Sabah English Aspiration Society (SEAS) dalam memperkasa­kan golongan wanita khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus melaksanak­an program-program yang bermanfaat bagi memastikan rakyat terutama di luar bandar mendapat ilmu pendidikan yang dilihat mampu meningkatk­an taraf hidup mereka.

Jelas beliau lagi, kerajaan negeri akan terus bekerjasam­a dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan objektif kerajaan untuk memperkasa­kan rakyat di luar bandar mencapai matlamatny­a.

“Kerajaan negeri akan terus memastikan rakyat terutama golongan wanita di negeri ini diperkasak­an melalui pendidikan. Kita juga akan pastikan sekiranya ada wanitawani­ta yang dipinggirk­an mendapat ilmu yang sewajarnya,” katanya.

Beliau bekata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Literasi Dan Memperkasa­kan Wanita yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangiran Jaya, Pimping, di sini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi Jenifer Lasimbang, Presiden SEAS Dr Zainab Kassim dan wakil Removing Obstacles to Cervical Screening (ROSE) Dr

NORAZLINAH dan Jenifer merakamkan kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.

Yolanda Augustine.

Jenifer ketika ditemui turut menyambut baik usaha SK Pangiran Jaya dalam mewujudkan sebuah pusat pembelajar­an bahasa Inggeris di sekolah terbabit.

Beliau berkata, sekolah-sekolah lain di negeri ini wajar mengambil contoh usaha tersebut di sekolah masingmasi­ng demi memastikan anak-anak khususnya generasi baharu mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

“Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting, dan saya lihat penguasaan bahasa tersebut di kawasan khususnya luar bandar amat ketara sekali. Dengan adanya pusat pembelajar­an ini ianya dapat mengurangk­an jurang tersebut,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 20 peserta menyertai Advokasi Literasi anjuran SEAS manakala kira-kira seramai lebih 30 orang menyambil bahagian dalam program ROSE yang diadakan sempena majlis itu.

NORAZLINAH ARIF

Pembantu Menteri Kesihatan Dan Kesejahter­aan Rakyat

“Kerajaan negeri akan terus melaksanak­an programpro­gram yang bermanfaat bagi memastikan rakyat terutama di luar bandar mendapat ilmu pendidikan yang dilihat mampu meningkatk­an taraf hidup mereka. ”

 ??  ?? NORAZLINAH dan Jenifer merakamkan gambar kenangan bersama peserta SEAS ketika mengunjung­i ke pusat pembelajar­an bahasa Inggeris di SK Pangiran Jaya.
NORAZLINAH dan Jenifer merakamkan gambar kenangan bersama peserta SEAS ketika mengunjung­i ke pusat pembelajar­an bahasa Inggeris di SK Pangiran Jaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia