Utusan Borneo (Sabah)

SMK Kinabutan II, Akademi Quranis sambut Bulan Kesedaran Autisme

- Oleh HAMZAH BIN SANUDIN

TAWAU: SMK Kinabutan II dengan kerjasama Akademi Quranis telah mengadakan program ‘Semarak Biru’ sempena Bulan Kesedaran Autisme untuk meraikan kanak-kanak istimewa, di sini pada Sabtu.

Pengetua SMK Kinabutan II, Abdul Said Hj Mahid berkata, program ini merupakank­empenkesed­aran Autisme yang akan diadakan di seluruh dunia pada setiap bulan April setiap tahun.

“Di sekolah ini berbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanak­an yang melibatkan murid biasa supaya mereka lebih cakna terhadap kehadiran Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) di kalangan mereka,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Menurutnya, SMK Kinabutan II merupakan sekolah yang baharu memulakan program pendidikan khas awal bulan ini menempatka­n MBK mendapat pendidikan yang sesuai mengikut keperluan mereka.

“Mungkin murid ini tidak menunjukka­n kecemerlan­gan dalam akademik tetapi mereka tetap memiliki kecerdasan yang berbeza dengan murid biasa dan mampu melonjakka­n kecemerlan­gan sekolah melalui bakat dan potensi yang mereka ada,” katanya.

Said berkata, ibubapa tidak perlu ragu untuk menghantar anak istimewa ke sekolah kerana mereka mendapat pendidikan daripada guru yang dilatih khas untuk

ACARA mewarna.

mengajar MBK.

“Kita berharap semua ibubapa supaya menjalinka­n kerjasama dengan pihak sekolah jika mahukan anakanak yang dihantar ke sekolah ini berjaya,” jelasnya.

Penyelaras program Semarak Biru merangkap guru Pendidikan Khas, Hjh Norasmah Mohd Basri berkata, kehadiran anak-anak istimewa di dalam komuniti kita merupakan satu rahmat yang perlu disyukuri kerana golongan ini memberikan jalan kepada kita untuk berbakti.

“Kita berpeluang memberikan perkhidmat­an dari segi kewangan, sokongan dan idea kepada anak-anak istimewa yang berada di sekeliling kita,” katanya.

Norasmah yang juga pengerusi Akademi Quranis Tawau berkata, kempen ini juga sebenarnya untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya masyarakat memahami, menyanyang­i dan menghargai kehadiran anak-anak istimewa ini.

“Aktiviti yang telah dilaksanak­an sempena bulan ini bukan sahaja melibatkan MBK dan ibubapanya tetapi, kita membuka peluang kepada para sukarelawa­n yang sanggup bekerja untuk mengisi aktiviti sempena program ini,” katanya lagi.

Dalam program tersebut pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya mewarna anak-anak istimewa, Explorace bersama keluarga dan sukaneka anak-anak istimewa.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas)
AJK sambutan Semarak Biru SMK Kinabutan II. (Gambar kanan) AKTIVITI explorace yang melibatkan MBK dan ibubapa.
(Gambar atas) AJK sambutan Semarak Biru SMK Kinabutan II. (Gambar kanan) AKTIVITI explorace yang melibatkan MBK dan ibubapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia