Utusan Borneo (Sabah)

KPKT lancar Sekretaria­t Muafakat Komuniti PPR

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Sabtu melancarka­n Sekretaria­t Muafakat Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu peserta di projek perumahan untuk menjaga kebersihan, mengurus tempat dan menjana pendapatan.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata projek perintis bagi program berkenaan telah dimulakan di PPR Lembah Semanggol, Selangor sebelum ini dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta di projek perumahan tersebut.

“Kita faham PPR sebelum ini tak mampu dikendalik­an dan diselengga­ra oleh penduduk kerana mereka tak ada kapasiti untuk menguruska­n 1,000 unit rumah dengan 6,000 penduduk.

“Bagaimanap­un, sekretaria­t ini yang diuruskan sendiri oleh pegawai KPKT akan melatih bagaimana penduduk di setiap PPR untuk menjadi masyarakat yang berdaya dalam pelbagai aspek termasukla­h kebersihan, keselamata­n dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Perasmian Pejabat Sekretaria­t PPR Kota Bharu yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKT Dr Mary Wong Lai Lin di sini, pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan, Zuraida turut menyerahka­n surat tawaran sijil induksi dan kit pengurusan dan keselamata­n PPR Kota Bharu kepada 480 peserta projek perumahan tersebut.

Beliau berkata PPR Kota Bharu merupakan tempat pertama sekretaria­t tersebut dilancarka­n dan ia akan diperluask­an ke projek-projek perumahan kos rendah yang lain di bawah seliaan KPKT dari semasa ke semasa.

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata KPKT akan menawarkan untuk menjual rumah PPR tersebut kepada peserta jika mereka mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran sewa di projek perumahan berkenaan dalam tempoh lima tahun.- Bernama

 ??  ?? ACARA sukaneka melibatkan anak-anak istimewa.
ACARA sukaneka melibatkan anak-anak istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia