Utusan Borneo (Sabah)

Dua premis hiburan tanpa lesen diserbu

-

KUALA LUMPUR: Dua premis hiburan diserbu penguat kuasa Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) kerana beroperasi tanpa lesen yang sah, dalam satu operasi bersepadu, Jumaat malam.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr Juhari Ahmad berkata, pihaknya juga menyita pelbagai barangan premis seperti kerusi, meja dan peralatan audio.

“Beberapa sofa, puluhan meja dan kerusi, beberapa peralatan audio seperti monitor dan televisyen merupakan antara peralatan peralat anbia sayang digunakan dalam premis-premis ini untuk digunakan bagi aktiviti hiburan.

“Selain itu, kita mendapati, satu daripada premis yang diserbu turut memperagak­an model-model wanita (di atas pentas). Saya percaya mereka terdiri daripada warga asing. Namun, ia di luar bidang kuasa kita dan tindakan hanya diambil berdasarka­n akta di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat MPS, di sini.

Katanya, dua premis berkenaan telah beroperasi sejak lapan tahun lalu dan pernah diserbu pihaknya beberapa kali, namun premis berkenaan masih berdegil dan meneruskan perniagaan mereka selepas diserbu pihak berkuasa.

Juhari berkata, premisprem­is yang diserbu pernah mempunyai lesen (perniagaan) namun dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat lesen perniagaan seperti menggaji pekerja asing asing tanpa permit yang sah.

“Apabila terlalu kerap melanggar syarat-syarat lesen perniagaan, tindakan terakhir adalah membuat serbuan dan menyita barang-barang perniagaan,” katanya.

Dua premis berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM 25,000 dibawah Sek. 6(1), Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995 (Mengadakan Tempat Hiburan Tanpa Lesen). Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia