Utusan Borneo (Sabah)

135 pelajar sekolah menengah Parlimen Titiwangsa terima bantuan makanan tambahan

-

KUALA LUMPUR: Seramai 135 pelajar miskin di sembilan sekolah menengah kebangsaan dalam Parlimen Titiwangsa menerima manfaat besar daripada bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bermula bulan ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata program itu merupakan kesinambun­gan kepada program bantuan makanan oleh kerajaan di bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) di sekolah rendah.

R ina berkata program julung kali diadakan itu merupakan inisiatif kementeria­n beliau yang menyedari akan keperluan pelajar dalam kalangan sekolah menengah juga turut terdiri daripada keluarga berpendapa­tan rendah B40 dan ke bawah.

“Di bawah KPM memang ada rancangan makanan tambahan untuk sekolah rendah tapi di sekolah menengah tiada jadi ini merupakan inisiatif kita untuk membantu terutamany­a pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Saya dimaklumka­n oleh pengetua di sekolah-sekolah menengah di Parlimen ini bahawa ada pelajar mereka terdiri daripada golongan miskin bandar dan bila mereka hadir ke sekolah ada yang hadir dengan keadaan perut kosong,” katanya pada sidang media Hari Kecemerlan­gan Pelajar SPM 2018 dan Sumbangan Bantuan RMT di sini pada Sabtu.

Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Aminuddin Baki, SMK Seri Ampang, SMK Cochrane dan SMK St Gabriel.

Rina yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa berkata menerusi kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM), sebanyak RM94,500 diperuntuk­kan bagi pelaksanaa­n Program RMT Parlimen Titiwangsa dari April hingga November 2019.

Setiap sekolah menengah yang terlibat menerima peruntukan RM10,500 sebulan yang mana 15 orang pelajarnya akan menerima bantuan RM5 setiap hari.

Turut hadir dalam majlis pemberian sumbangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif YPM Zakariah Md Sam.

Sementara itu, seramai 145 pelajar dari lapan sekolah menengah di Parlimen Titiwangsa turut menerima pemberian insentif pada majlis sama kerana keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia