Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks rumah wakaf Mapim bernilai RM3 juta, lengkap sistem perparitan

-

A’ZAZ (Syria): Projek Kompleks Perumahan Wakaf Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bernilai RM3 juta di kem Qadisiyah bakal dilengkapi sistem perparitan sistematik dan efektif bagi menangani masalah banjir lumpur kritikal yang melanda kawasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Mapim Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata projek inisiatif pihaknya melalui sumbangan rakyat Malaysia itu bakal memanfaatk­an 100 keluarga pelarian Syria yang layak untuk memohon dan menduduki perumahan tetap itu.

“Projek itu dijangka siap November ini dan akan memberikan keutamaan kepada anak-anak pelarian yang telah menjadi yatim piatu dan juga kepada keluarga yang mempunyai anggota yang tercedera akibat ditembak atau dibom oleh tentera.

“Malahan pihak kita telah mengambil kira dari segi sudut strategikn­ya kawasan kem Qadisiyah ini kerana ianya terletak berhampira­n sempadan Turki-Syria,” katanya kepada Bernama selepas majlis pecah tanah kompleks perumahan itu di sini.

Beliau berkata projek pembinaan itu membabitka­n 100 unit rumah batu dengan tiga bilik, hasil sumbangan RM2,500 untuk satu bahagian penderma, yang mana ia adalah rentetan daripada projek Wakaf Myhome for Syrian Family yang digerakkan Mapim bermula tahun lepas.

Ahmad Sani Araby berkata yang perumahan itu adalah antara projek yang direncana bagi merealisas­ikan Perkampung­an Wakaf Mapim Malaysia.

Selain itu terdapat juga projek pembinaan dua buah Sekolah Wakaf Mapim Malaysia sedang dibina di kawasan ini dan juga di Danaa, Idlib yang mana kedua-dua sekolah itu bakal menempatka­n 3,000 pelajar.

Mapim melalui projek kerjasama dengan agensi wakaf Turki, Turkiye Diyanet Foundation (TDV) juga sedang membina sebuah masjid di kawasan A’zaz ini yang boleh menempatka­n 400 jemaah pada satu-satu masa dengan reka bentuk binaan Malaysia dan bakal siap hujung tahun ini.

Katanya, pihaknya masih memerlukan RM2 juta lagi bagi menampung dan menambah baik sebarang perubahan atau kerosakan yang tidak terjangka berlaku sekiranya terjadi.

Beliau berkata Mapim meminta rakyat Malaysia untuk tidak berhenti menghulurk­an sumbangan untuk Tabung Misi Kemanusiaa­n Rescue Syria menerusi www.tabungsyri­a. com atau Maybank 56283463-6987 (Syria Emergency Appeal) bagi membantu pelarian Syria.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i talian hotline 1300-888-038. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? DR Ahmad Sani (kiri) melakukan perasmian pecah tanah di tapak projek di kem Qadisiyah, A’zaz pada Jumaat.
GambarBern­ama DR Ahmad Sani (kiri) melakukan perasmian pecah tanah di tapak projek di kem Qadisiyah, A’zaz pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia