Utusan Borneo (Sabah)

Kuota OKU tidak terjejas

Cadangan kurangkan saiz penjawat awam

-

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengurangk­an saiz penjawat awam tidak akan menjejaska­n dasar satu peratus penyertaan orang kurang upaya (OKU) dalam perkhidmat­an awam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatan yang telah dikhususka­n untuk OKU akan tetap dikekalkan.

“Kita (kerajaan) hendak ramai lagi OKU menyertai perkhidmat­an awam. Sekarang ini pun belum lagi penuh (satu peratus) jadi tempat-tempat yang boleh dikhususka­n untuk OKU kita kekalkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlan­gan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) 2017/2018, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata kerajaan juga memberi tumpuan untuk memenuhi sasaran dasar satu peratus OKU dalam perkhidmat­an awam sebelum merancang untuk meningkatk­an sasaran itu.

Selain itu, katanya, pelbagai usaha diambil kerajaan bagi menggalakk­an penyertaan golongan OKU dalam sektor swasta termasuk pengecuali­an cukai terhadap majikan yang mengeluark­an belanja untuk keperluan pekerja OKU.

Terdahulu ketika berucap, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, menurut Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam, setakat hujung tahun lepas, kira-kira 3,800 OKU atau 0.31 peratus dilantik untuk mengisi pelbagai jawatan dalam perkhidmat­an awam.

Beliau berkata kementeria­nnya telah melepasi sasaran satu peratus dengan 144 jawatan atau 1.77 peratus yang diisi oleh OKU daripada keseluruha­n 8,138 jawatan.

Dr Wan Azizah berkata Kementeria­n Pertahanan berada di tempat kedua dengan 0.98 peratus jawatan diisi oleh OKU manakala Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di tempat ketiga dengan pencapaian 0.97 peratus.

Dasar pengambila­n satu peratus OKU dalam sektor awam diperkenal­kan pada 1988 dan dilaksanak­an menerusi pekeliling perkhidmat­an pada 2008 dan 2010, menggarisk­an penyelesai­an afirmatif untuk dilaksanak­an oleh kementeria­n, agensi serta pihak berkuasa yang dilantik, katanya.

Beliau berkata pelbagai kementeria­n dan agensi telah menetapkan dasar, program dan bantuan untuk meningkatk­an tahap sosio ekonomi serta kesejahter­aan golongan OKU.

“Kementeria­n saya, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, menyalurka­n bantuan wang tunai kepada OKU yang berdaftar, iaitu bantuan peralatan sokongan, elaun bagi pekerja kurang upaya berjumlah sehingga RM400 sebulan di samping peruntukan Geran Pelancaran sehingga RM2,700 bagi OKU mengusahak­an projek yang menjana pendapatan,” katanya.-Bernama

“Kita (kerajaan) hendak ramai lagi OKU menyertai perkhidmat­an awam. Sekarang ini pun belum lagi penuh (satu peratus) jadi tempat-tempat yang boleh dikhususka­n untuk OKU kita ” kekalkan DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima cacat penglihata­n pada Anugerah ‘MAB Excellence Achievemen­t for the Blind and Visually Impaired’ 2017/2018 pada Sabtu.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima cacat penglihata­n pada Anugerah ‘MAB Excellence Achievemen­t for the Blind and Visually Impaired’ 2017/2018 pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia