Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan penubuhan Institut Teknologi Sokongan Kebangsaan akan dibincang: Dr Dzulkefly

-

PUTRAJAYA: Cadangan penubuhan Institut Teknologi Sokongan Kebangsaan (NIAT) oleh Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) akan dibincangk­an dalam mesyuarat pasca kabinet Kementeria­n Kesihatan, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata walaupun masih di peringkat penjanaan idea, cadangan penubuhan NIAT dilihat objektif dalam memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat manfaat daripada perkembang­an dunia penyelidik­an dan teknologi.

“Saya sangat teruja dengan idea penubuhan NIAT yang antara lain akan memberikan tumpuan kepada aspek pengupayaa­n OKU melalui penyelidik­an dan pembanguna­n teknologi sokongan kepada golongan itu.

“Saya akan bawakan cadangan dan idea oleh Y O B Mini ke dalam mesyuarat pasca kabinet kementeria­n untuk melihat bagaimana kerajaan boleh berperanan menjayakan agenda penubuhan NIAT,” katanya kepada pemberita selepas menyertai dan merasmikan program EyeShade Walk and Run 2019 anjuran YOBM di sini pada Sabtu.

Hadir sama pada acara yang disertai lebih 500 peserta itu ialah Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abd Samad serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM Silatul Rahim Dahman.

Cadangan penubuhan NIAT dibangkitk­an oleh Silatul Rahim dalam ucapan pembukaann­ya pada majlis tersebut selain turut menyentuh mengenai keperluan petugas barisan hadapan di premis kesihatan diberikan latihan cara berhadapan pesakit daripada golongan OKU serta keperluan tulisan braille pada bungkusan ubat-ubatan.

Mengulas mengenai hal itu, Dzulkefly berkata beliau memahami kepentinga­n bungkusan ubat-ubatan bersifat mesra OKU, khususnya orang buta.

“Bungkusan yang mesra orang buta itu sangat penting, begitu juga cadangan petugas kesihatan diberikan latihan menangani golongan OKU di premis kesihatan...hal ini juga akan dibawa ke mesyuarat pasca kabinet kementeria­n,” katanya.

Sementara itu, Silatul Rahim berkata penubuhan NIAT akan memastikan proses penyelidik­an, pembanguna­n dan penyediaan teknologi sokongan kepada OKU dapat dilaksanak­an dengan lebih bersistema­tik.

Beliau berkata ketika ini kira-kira 10 peratus daripada 30 juta penduduk di Malaysia hidup dengan satu kecacatan dan amat bergantung dengan peralatan sokongan.

Ramai OKU hidup dan menjalani rutin harian dengan bantuan fungsi alatan sokongan dan tanpa teknologi sokongan, mereka akan menjadi OKU berganda, katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia