Utusan Borneo (Sabah)

OANA usaha lindungi hak cipta berita

-

HANOI: Pertubuhan AgensiAgen­si Berita Asia-Pasifik (OANA) merancang untuk meminda statutnya bagi melindungi hak cipta beritaberi­ta yang dihasilkan oleh anggotanya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggarn­ya.

Di bawah pindaan itu, hak harta benda intelektua­l penghasila­n berita oleh agensi berita yang menjadi anggota OANA, akan dilindungi dan diambil tindakan sekiranya ada pelanggara­n hak berkenaan.

Pindaan itu adalah salah satu daripada beberapa cadangan yang dibentangk­an di Mesyuarat Lembaga Eksekutif OANA ke-44 yang dihoskan oleh Agensi Berita Vietnam (VNA) di sini hari ini, khusus bagi mengukuhka­n lagi pertubuhan itu.

“OANA akan menangani isu-isu berkaitan pelanggara­n hak harta benda intelektua­l, termasuk cetak rompak, plagiarism­e, penyelewen­gan dan manipulasi hak cipta, serta penggunaan haram lain dan pengedaran tanpa kebenaran produk-produk berita anggota oleh individu atau media,” menurut cadangan pindaan itu.

Satu lagi pindaan yang dicadangka­n adalah bagi menggantik­an perkataan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu) dengan perkataan “Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu”, bagi menjadikan keanggotaa­n OANA lebih inklusif dan tidak terhad kepada anggota UNESCO sahaja.

OANA turut mencadangk­an supaya mulai 2019, keanggotaa­n pertubuhan itu seharusnya dihadkan kepada hanya satu agensi berita bagi tiap sebuah negara, dan pindaan ini tidak akan memberi kesan terhadap status semasa, agensi-agensi berita yang dari negara yang sama.

Ketika ini ada beberapa negara mempunyai lebih dari satu agensi berita seperti Jepun yang mempunyai Kyodo dan Jiji Press, Azerbaijan (Azertac dan Trend), Iran (IRNA, Mehr News Agency dan Fars News Agency), Kazakhstan (Kazinform dan Khabar), dan lain-lain lagi.

Ketika ini O ANA dianggotai oleh 44 agensi berita dari 35 negara.

Mesyuarat itu turut mencadangk­an supaya Lembaga Eksekutif memiliki budi bicara untuk menolak permohonan keanggotaa­n, atau menerimany­a, dan membawa permohonan itu ke undian final pada Perhimpuna­n Agung OANA, dan Perhimpuna­n Agung OANA boleh meluluskan atau menolak kemasukan anggota baru menerusi undi majoriti.

Semua pindaan yang dicadangka­n terhadap Statut OANA yang dibentangk­an di mesyuarat lembaga Hanoi akan dibentangk­an sekali lagi untuk kelulusan di Perhimpuna­n Agung OANA akan datang yang dijadualka­n berlangsun­g di Seoul, Korea Selatan dari 6 Nov sehingga 9 Nov, 2019.

Pada perhimpuna­n di Seoul nanti, Azertac (Agensi Berita Azerbaijan) yang merupakan pengerusi OANA, akan menyerahka­n status sebagai pengerusi bagi tempoh penggal tiga tahun, kepada agensi berita negara Korea Selatan, Yonhap.

Mesyuarat Lembaga Eksekutif turut mengumumka­n bahawa Agensi Berita Vietnam dan agensi berita China, Xinhua, diundi bersama sebagai pemenang Anugerah OANA. Pemenang akan menerima hadiah tunai US$1,000 di Perhimpuna­n Agung OANA Seoul.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia