Utusan Borneo (Sabah)

Pope Francis ketuai perarakan Good Friday

-

ROM: Pope Francis kelmarin mengetuai perarakan Via Crucis yang menjadi tradisi minggu Paska di Rom, dan pada tahun ini menggunaka­n tema perhambaan zaman moden dan pemerdagan­gan manusia, termasuk pelacur yang menjalanka­n kerja mereka di jalan-jalan Itali.

Upacara itu, yang berlangsun­g pada Jumaat Agung dalam kalendar Kristian yang memperinga­ti hari Kristus disalib, mengambil temanya daripada meditasi yang ditulis biarawati Katolik Sister Eugenia Bonetti, yang menghabisk­an kebanyakan hidupnya di Afrika dan turut menghadiri upacara tersebut.

Upacara mengetenga­hkan hamba seks yang digunakan tetapi dikecam masyarakat yang enggan melihat eksploitas­i seperti ini.

Teks dibaca dengan nyaring ketika perarakan bergerak menerusi jalan-jalan di Rom dan berakhir di luar Coliseum yang ikonik dan pernah menjadi tapak pembunuhan orang Kristian di bawah Empayar Romawi.

Pope Francis, dalam doa pada hujung upacara, bercakap mengenai “salib mereka yang dahagakan keadilan dan keamanan”.

Kira-kira 20,000 orang Kristian berhimpun di sekeliling panggung udara Romawi yang hebat itu, kebanyakan mereka membawa lilin sambil mengikuti upacara petang itu dengan senyap.

Paus bercakap mengenai mereka yang memikul ‘semua salib dunia’ termasuk mereka yang kelaparan makanan dan kasih sayang dan mereka yang mendapati pintu ditutup kerana ketakutan, serra hati yang ditutup oleh perkiraan politik.

Pemimpin agama dari Argentina itu juga menyebut tentang sekularisa­si masyarakat moden di mana orang Katolik percaya kepada Tuhan dan cuba hidup menurut Firman Tuhan, mendapati diri dipinggirk­an dan dibuang malah oleh keluarga mereka dan rakan mereka. — AFP

 ??  ?? POPE Francis merestui para penganut Kristian semasa Via Crucis di Colosseum Colosseo, Colisee di Rom, kelmarin. — Gambar AFP
POPE Francis merestui para penganut Kristian semasa Via Crucis di Colosseum Colosseo, Colisee di Rom, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia