Utusan Borneo (Sabah)

Gereja runtuh di Afrika Selatan

Kira-kira 13 maut dan 16 cedera dalam serangan ribut kuat di bandar timur Durban

-

JOHANNESBU­RG: Seramai 13 terkorban dan 16 tercedera ketika sebahagian daripada sebuah gereja roboh menimpa penganut selepas serangan ribut kuat berhampira­n bandar timur Afrika Selatan Durban, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Kemalangan berlaku lewat Khamis lepas ketika satu bahagian dinding bata di bawah bumbung sementara roboh semasa upacara sembahyang di gereja Pentecosta­l yang beroperasi dalam sebuah bangunan penyimpana­n kapal terbang yang diubah suai di pekan Ndlangubo, utara Durban, dalam wilayah KwaZulu-Natal.

“Tragedi sebegitu mencatatka­n 13 kematian manakala 16 orang menerima rawatan daripada paramedik,” menurut Robert McKenzie, jurucakap perkhidmat­an kecemasan di wilayah KwaZulu Natal.

Pihak berkuasa menyatakan insiden berlaku semasa upacara Passover kira-kira jam 11.15 malam waktu tempatan ketika beratus-ratus penganut berkumpula­n bagi upacara Paska pada hujung minggu yang panjang.

“Para jemaah sedang tidur di dalam bangunan selepas upacara di gereja tamat sejurus selepas jam 10 malam waktu tempatan,” menurut jurucakap polis wilayah Kolonel Thembeka Mbele.

“Tiba-tiba angin kuat dan hujan melanda menyebabka­n dinding roboh.

“Sebanyak 13 kematian yang disahkan adalah 12 wanita dan seorang budak lelaki.

“Satu inkues telah dibuka dan pihak polis masih berada di tempat kejadian,” tambah Mbele.

Beberapa penduduk tempatan yang terkejut oleh tragedi tersebut memandang selama beberapa jam ke arah bahagian dalaman bangunan yang musnah.

“Tiada rangkaian (telefon bimbit) maka saya hanya berlari ke balai polis dan memaklumka­n pihak polis, mereka segera bertindak dan telah membantu kami,” kata Pastor P.Y. Sibiya.

Zwelihle Dhlamini, yang kehilangan seorang rakan dalam tragedi tersebut, memberitah­u rasa terkejutny­a.

“Sekarang saya tidak dapat mempercaya­i apa yang telah berlaku.

“Saya masih belum pulih daripada rasa terkejut dan begitu juga teman-teman kami yang lain.

“Mereka masih menghubung­i saya, mereka masih menghantar mesej seakanakan sesuatu akan berubah,” katanya.

Menteri Buruh Mildred Oliphant, seorang anggota gereja, menyatakan sukar bagi menerima kemalangan tersebut, namun kita tahu Tuhan mempunyai agendanya sendiri.

“Saya akan pergi ke gereja pada hari ini.

“Kemungkina­n pada hujung minggu depan, kita akan mengetahui sebenarnya sama ada bangunan itu dibina seperti yang sepatutnya atau adalah terdapat cabaran mengenai bangunan sebelum kita boleh menyatakan apa-apa,” tambahnya lanjut.

Sementara itu pihak polis telah melancarka­n satu siasatan ketika para penganut lain menyertai pihak berkuasa dalam menyampaik­an ucapan takziah.

“Kami telah berdoa untuk mereka, ucapan takziah ikhlas kami buat keluarga yang terlibat.

“Sebagai penganut Kristian, kita berdoa untuk satu sama lain dalam keadaan susah dan senang.

“Sememangny­a mereka di Empangeni sentiasa berada dalam doa kita,” menurut timbalan pengerusi wilayah Majlis Gereja-Gereja Afrika Selatan (SACC) Father Mlungisi Ntsele. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PARA pemimpin gereja membawa sebuah salib besar semasa perarakan keagamaan sempena Good Friday di Durban, kelmarin. — Gambar Reuters
PARA pemimpin gereja membawa sebuah salib besar semasa perarakan keagamaan sempena Good Friday di Durban, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia