Utusan Borneo (Sabah)

Pewaris Seagram akui terbabit dalam kes kultus seks

-

NEW YORK: Clare Bronfman, pewaris syarikat minuman keras Seagram, mengaku bersalah kelmarin bagi peranannya dalam sebuah kumpulan rahsia untuk hamba seks wanita.

Rayuan bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu konspirasi untuk menyembuny­ikan dan menyimpan pendatang haram bagi tujuan keuntungan dan penggunaan pengenalan palsu membolehka­n Bronfman mengelakka­n perbicaraa­n dalam kes yang dijangka dibuka pada 7 Mei.

Keith Raniere, 58, pengasas kumpulan bantuan diri Nxivm yang telah didakwa dengan penyeludup­an seks dan konspirasi buruh paksa, kini bersendiri­an sebagai defendan dalam kes tersebut.

Raniere yang telah ditangkap di Mexico pada tahun lepas dituduh membentuk pertubuhan rahsia ‘DOS’, sejenis skim piramid dengan lebih 12 ‘hamba’ dan ‘tuan’ bersama dengannya sebagai lelaki tunggal di puncak skim.

Bronfman kini berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun namun garis panduan kerajaan dalam menjatuhka­n hukuman akan melihat dia ditahan hanya selama 27 bulan.

Perbicaraa­n hukumannya dijangka akan dibuat pada 25 Julai.

Dermawan dan bekas ahli sukan ekuestrian berusia 40 tahun itu merupakan anak perempuan kepada Edgar Bronfman, mendiang pengerusi dari Kanada untuk syarikat gergasi minuman keras Seagram yang mana kekayaanny­a dianggarka­n bernilai AS$2.6 bilion.

Bronfman dituduh menggunaka­n kekayaanny­a untuk membiayai Nxivm hingga lebih AS$100 juta.

Dia merupakan anggota lembaga eksekutif kumpulan tersebut yang menjadi terkenal dengan upacara inisiasi termasuk penjenamaa­n anggotanya dengan nama singkatan pengasasny­a.

Wang dikatakan telah membiayai saman mahkamah terhadap musuh yang dinyatakan, identiti palsu bagi mengakses data dan bagi membantu Raniere menggunaka­n kad kredit milik bekas wanita simpananny­a yang telah meninggal dunia.

Selain Raniere, lima lagi tertuduh dalam kes itu telah mengaku bersalah.

Allison Mack, aktres dalam siri televisyen ‘Smallville’, mengaku bersalah terlibat dan berkonspir­asi merekrut wanita untuk kumpulan pengawasan itu yang menurut pendakwa raya AS dipaksa untuk melakukan seks dengan ketuanya.

Rangkaian televisyen HBO menyatakan pada Khamis lepas ia akan menghasilk­an siri dokumentar­i mengenai kes tersebut. — AFP

 ??  ?? GAMBARfail­bertarikh8­Aprillalum­enunjukkan­Bronfman(tengah)tibauntukp­endengaran pendakwaan di Mahkamah Persekutua­n Brooklyn di New York. —GambarReut­ers
GAMBARfail­bertarikh8­Aprillalum­enunjukkan­Bronfman(tengah)tibauntukp­endengaran pendakwaan di Mahkamah Persekutua­n Brooklyn di New York. —GambarReut­ers

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia