Utusan Borneo (Sabah)

Sabah naib juara, lima terpilih wakili negara

Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia 2019

-

KOTA KINABALU: Lima pemain Sabah terpilih mewakili negara ke kejohanan bola sepak orang pekak Asia Pasifik 2019 Hong Kong pada November dan Piala Dunia 2020 Korea Selatan.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sabah (SDEAFSA) Spancer Soo berkata, pemilihan mereka itu berdasarka­n prestasi yang ditunjukka­n semasa Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia Ke-10 2019 di Kelantan pada 13-19 April .

Lima pemain itu terdiri daripada Rabbino Lusius, Miekson Mailu, Edelson Deli, Zecklose Kensiong dan Dojnester.

Kejohanan di USM, Kubang Kerian itu menyaksika­n Sabah muncul naib juara selepas kalah 1-3 di tangan pasukan tuan rumah, Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Khamis lalu.

Spancer berkata, ia adalah pencapaian membanggak­an terutama mereka hanya menjalani latihan bersama kira-kira 10 kali ekoran kekangan kewangan.

“Tempoh latihan pusat itu tentunya tidak memadai untuk menghadapi kejohanan besar tetapi pemain menunjukka­n kesungguha­n menakjubka­n dari awal sehingga ke final sebelum tunduk kepada pasukan tuan rumah... saya amat bangga dengan pencapaian skuad ini,” katanya.

Diundi dalam Kumpulan B, Sabah memulakan cabaran dengan kemenangan 4-0 ke atas Terengganu dan 5-1 ke atas Melaka untuk mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan.

Mereka kemudianny­a menumbangk­an Negeri Sembilan 2-0 pada separuh akhir untuk ke final menentang pasukan tuan rumah Kelantan yang juga `power house’ bola sepak orang pekak peringkat kebangsaan.

Skuad bimbingan Ismail Tudiki memberikan tentangan sengit tetapi terpaksa akur dengan lawan yang juga juara bola sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 itu.

Spancer mengucapka­n terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Kementeria­n Belia Dan Sukan( K B S) Sabah, Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dan semua yang membantu penyertaan SDEAFSA pada kejohanan itu.

Kejohanan selama enam hari itu disertai sembilan pasukan iaitu Sabah, Terengganu, Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Wilayah Persekutua­n dan Kelantan.

“Tempoh latihan pusat itu tentunya tidak memadai untuk menghadapi kejohanan besar tetapi pemain menunjukka­n kesungguha­n menakjubka­n dari awal sehingga ke final sebelum tunduk kepada pasukan tuan rumah...saya amat bangga dengan pencapaian skuad ini.

SPANCER SOO Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sabah (SDEAFSA)

 ??  ?? SKUAD
SKUAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia