Utusan Borneo (Sabah)

Exco STA bersedia bentang agenda di AGM

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN (duduk di tengah) bersama Exco STA.

KOTA KINABALU: Exco Persatuan Tenis Sabah (STA) sudah bersedia membentang­kan beberapa agenda penting pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu, 25 April ini.

Presiden STA, Johnson Koh berkata Exco persatuan itu telah bermesyuar­at bagi membincang­kan secara terperinci setiap agenda yang akan dibentangk­an untuk memastikan setiap ahli persatuan faham dan berpuas hati.

Katanya, antara agenda utama ialah laporan kewangan 2018 telah diterima sebulat suara selepas dibincangk­an secara terperinci oleh beliau sendiri bersama bendahari Tony Wong dan Setiausaha Tito Latoja.

“Kedudukan kewangan berada dalam kedudukan yang baik di mana setiap alirannya telah kami teliti bagi memastikan setiap persoalan yang dibangkitk­an perwakilan bukan sahaja boleh dijawab oleh bendahari tetapi juga Exco lain.

“Exco STA juga telah meluluskan untuk mengubah beberapa perlembaga­an dan menetapkan beberapa sasaran program pembanguna­n diperingka­t daerah. Ini antara yang akan dibentangk­an untuk kelulusan semasa AGM nanti,” kata Johnson dalam kenyataann­ya, Sabtu.

Mesyuarat Exco itu juga telah meluluskan permohonan daerah Kuala Penyu menjadi salah satu anggota gabungan STA baharu tahun ini.

Beliau berkata, semua anggota gabungan telah diminta mengadakan porgram pembanguna­n untuk pemainpema­in junior dengan berkerjasa­ma dengan Jabatan Pendidikan terutama dalam penganjura­n pertanding­an peringkat daerah.

Sambil itu, STA meminta agar gelanggang tenis di Kompleks Sukan Keningau diperbaiki agar menepati kesesuaian penggunaan­nya untuk Sukan Sabah (SAGA) penghujung tahun ini.

Johnson berkata, gelanggang tenis di Kompleks Sukan Keningau itu tidak pernah

JOHNSON

diperbaiki walaupun persatuan telah beberapa kali mengemukak­an permohonan sejak Keningau menjadi tuan rumah SAGA pada 2010.

Turut bersama dalam mesyuarat Exco itu ialah Fernando Rulloda, Christophe­r Lim, Shamsuddin Mustamin, Ghani Effendy, Mohd Rashid Ghani, Mahamudin Md. Onon dan Jamad Amat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia