Utusan Borneo (Sabah)

Depay beri kelegaan buat Lyon

Bantu Lyon tewaskan Angers 2-1 untuk tamatkan siri tiga kekalahan berturut-turut

-

PARIS: Memphis Depay membantu Lyon menewaskan Angers 2-1 dalam Ligue 1 pada Jumaat untuk menamatkan siri tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan berturuttu­rut dan meneruskan usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Jaringan di separuh masa pertama oleh pemain antarabang­sa Belanda itu dan Martin Terrier menyaksika­n Lyon mengukuhka­n genggaman mereka ke atas tempat ketiga dengan 59 mata, enam mata di hadapan Saint-Etienne di tempat keempat.

Tetapi tidak sebelum mereka mengalami kejutan lewat apabila Lucas Tousart tertolak bola ke dalam gawang sendiri hanya beberapa minit sahaja selepas dia dimasukkan ekoran usaha yang tidak kemas oleh penjaga gol Lyon, Anthony Lopes, untuk mengeluark­an bola.

Ini merupakan perlawanan pertama Lyon sejak jurulatih Bruno Genesio mengumumka­n pengundura­nnya pada hujung musim ini.

Ia dibuat ekoran kekalahan dalam Ligue 1 pada minggu lepas kepada kelab bermasalah Nantes setelah kelab yang pernah menjadi juara Perancis beberapa kali itu turut tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan Piala Perancis dalam tempoh lebih sebulan.

Depay meletakkan Lyon di hadapan pada minit ke-14, Houssem Aouar memberikan hantaran jauh.

Setelah melepasi pemain pertahanan Angers, Mateo Pavlovic, rembatan bekas bintang Manchester United itu mengeliruk­an penjaga gol Ludovic Butelle.

Penyerang berusia 25 tahun itu hampir menambah kepada jaringan itu beberapa minit kemudian tetapi rembatanny­a terkena tiang dekat Butelle.

Sejurus sebelum waktu rehat, Terrier mengeliruk­an Butelle untuk menggandak­an kelebihan Lyon selepas satu lagi serangan balas dengan Aouar sekali lagi memberi hantaran penentuan.

Terdahulu Rennes, yang menentang Paris SaintGerma­in (PSG) dalam perlawanan akhir Piala Perancis pada hujung minggu depan, tewas 3-2 di Dijon.

PSG dapat memenangi kejuaraan Ligue 1 pada malam ini (Ahad) apabila mereka melayan kunjungan Monaco, dan boleh dinobatkan sebagai juara sebelum perlawanan itu jika Lille di tempat kedua gagal untuk menang di Toulouse. – AFP

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

 ??  ?? DEPAY - Gambar Reuters
melepaskan rembatan padu ke arah pintu gol Angers untuk gol pertama Lyon.
DEPAY - Gambar Reuters melepaskan rembatan padu ke arah pintu gol Angers untuk gol pertama Lyon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia