Utusan Borneo (Sabah)

Kemaraan di Liga Europa bantu Arsenal buru penamat 4 teratas EPL

-

LONDON: Ainsley MaitlandNi­les percaya kemaraan Arsenal ke peringkat separuh akhir Liga Europa dapat membantu mereka dalam usaha untuk menamatkan musim dalam kelompok empat kelab teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka menentang Crystal Palace pada malam ini (Ahad).

Pasukan Unai Emery mara ke peringkat separuh akhir pada Khamis apabila gol Alexandre Lacazette menjamin kemenangan 1-0 di Napoli untuk mencatatka­n kejayaan agregat 3-0.

Arsenal menentang Valencia pada peringkat separuh akhir, di mana Emery mahu memenangi kejuaraan Liga Europa keempatnya dan menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara dalam proses tersebut.

Itu pasti kesimpulan yang memberangs­angkan bagi musim pertama Emery bersama Arsenal, tetapi jika mereka gagal dalam Liga Europa, pasukan ‘The Gunners’ masih ada satu lagi laluan ke Liga Juara-Juara dengan menamatkan musim EPL dalam kelompok empat kelab teratas.

Arsenal, yang kini menduduki tempat keempat di atas Chelsea berdasarka­n kelebihan gol, tidak ada margin kesilapan dalam liga, tetapi pemain pertahanan Maitland-Niles berkata pasukannya sudah matang disebabkan oleh pengalaman mereka di Eropah dan kini lebih pandai memenangi perlawanan.

“Ia adalah liga yang sukar di England. Kami mempelajar­i pelbagai kaedah di Eropah kerana kadang-kadang kami perlu lebih seperti pasukan asing dan hanya berusaha gigih untuk mencatatka­n kemenangan. Ia berjalan lancar buat masa sekarang,” katanya.

“Saya rasa kami bermain dengan sangat serasi sekali. Pengurus bekerja dengan empat, lima pemain pertahanan, jadi semua kami tahu dari segi posisi apa yang perlu dibuat, tidak menjatuhka­n diri dalam kotak penalti, dan tidak melakukan kekasaran bodoh dalam kawasan penalti juga.

“Kami menggunaka­n segala keupayaan (ketika menentang Napoli). Kita dapat menjaringk­an sebanyak mungkin gol yang kita mahukan tetapi jika kita tidak bertahan dengan baik, maka perlawanan boleh dimenangi mana-mana pasukan.”

Sejak Hector Bellerin mengalami kecederaan lutut yang serius, Maitland-Niles telah menjadi pilihan pertama Emery di sebelah kanan, sama ada sebagai pemain pertahanan kanan yang ortodoks ataupun pada posisi sayap belakang seperti di Naples dahulu.

Maitland-Niles, pemain antarabang­sa Bawah 21 England, memuji cara Emery memupuk bakatnya setakat ini dan juga berusaha untuk memperbaik­i skuad pada keseluruha­n.

“Itulah apa yang kita perlukan, untuk pengurus menepuk bahu kita apabila kita tidak bermain dengan begitu baik,” katanya menjelang kunjungan Palace ke Stadium Emirates.

“Dan apabila kita bermain dengan baik, untuk menepuk belakang kita dengan jauh lebih kuat dan berkata ‘lihat, ini adalah hebat sekali’. Dan dia telah melakukan itu sepanjang musim bagi saya.

“Pengurus telah memberikan keyakinan yang tinggi kepada kami. Dia menyokong kami dan dia begitu percaya kepada kami.”

Satu-satunya isu bagi A r sena l di Naples adalah kecederaan yang dialami pemain tengah Wales, Aaron Ramsey, yang tidak mengizinka­nnya untuk bermain selama tiga minggu.

Ramsey keluar dari padang kerana apa yang disebut oleh Emery sebagai kecederaan otot.

Ramsey akan menyertai Juventus untuk perpindaha­n percuma apabila kontraknya bersama Arsenal tamat pada hujung musim ini. - AFP

 ??  ?? AINSLEY MAITLAND-NILES
AINSLEY MAITLAND-NILES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia