Utusan Borneo (Sabah)

300 sertai Cabaran 7km Kokol Kionsom Sprint

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kirakira 300 peserta mewarnai Cabaran 7km Kokol Kionsom Sprint 2019 pada Sabtu.

Cabaran julung kali anjuran Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N13 Inanam dan MS Sports & Event Management selaku kordinator itu bermula di Kokol Haven Resort dan berakhir di Pusat Pelanconga­n Air Terjun Kionsom, Inanam dekat sini.

Pembantu Menteri Kewangan yang juga Adun Inanam, Kenny Chua berkata, cabaran itu akan dijadikan acara tahunan sebagai usaha mengajak masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat sambil membantu mempromosi­kan Kokol dan Air Terjun Kionsom antara destinasi pelanconga­n negeri ini.

“Untuk pengajuran buat kali pertama, penyertaan kali ini amat menggalakk­an. Ia bukan hanya disertai peserta dari kawasan berdekatan tetapi juga daerah-daerah lain.

“Kita akan jadikan cabaran ini sebagai acara tahunan dan saya yakin penyertaan­nya pada masa akan datang akan lebih meriah terutama dengan penyertaan mereka yang kali pertama ke Kokol dan Air Terjun Kionsom hari ini,” kata Kenny semasa menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah.

Katanya, mereka yang kali pertama datang pasti mahu datang lagi kerana Kokol dan Air Terjun Kionsom adalah antara destinasi pelanconga­n yang menarik di negeri ini.

Cabaran itu dibahagika­n kepada empat kategori iaitu lelaki dan wanita terbuka serta veteran.

Kategori lelaki terbuka dijuarai Fabian Osman Daimon, kedua Sapirin Sumping dan ketiga Alzikri manakala kategori wanita terbuka dijuarai Marlin Hing William, kedua Melsheira dan ketiga Sinapilin.

Kategori lelaki veteran pula dijuarai Pattry Osman, kedua Rustan M dan ketiga Guianus Salagan sementara kategori wanita veteran dijuarai Kona Liau, kedua Ethel dan ketiga Epang.

Cabaran itu menawarkan hadiah wang tunai, medal dan sijil untuk 10 pemenang teratas setiap kategori.

Juara setiap kategori menerima wang tunai RM500, kedua RM400, ketiga RM300, keempat RM200 dan kelima RM100 manakala pemenang tempat keenam hingga ke-10 menerima RM60.

 ??  ?? JUARA setiap kategori, Pattry (kiri), Fabian (dua dari kiri), Kona (kanan) dan Marlin (dua dari kanan) bersama Kenny (tiga dari kiri) dan Adam Fistival (tiga dari kanan).
JUARA setiap kategori, Pattry (kiri), Fabian (dua dari kiri), Kona (kanan) dan Marlin (dua dari kanan) bersama Kenny (tiga dari kiri) dan Adam Fistival (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia