Utusan Borneo (Sabah)

Wigan jejaskan peluang Leeds United ke EPL

Untuk dapatkan slot kenaikan automatik ke EPL selepas catat kemenangan 2-1

-

L O N D O N: Harapan M a r c e l o Bielsa untuk membawa balik Leeds United ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 15 tahun menerusi kenaikan automatik mengalami tamparan hebat pada Jumaat apabila Wigan yang bermain dengan 10 anggota menewaskan mereka 2-1.

Dua jaringan Gavin Massey – satu gol dalam setiap babak – menyaksika­n kelab divisyen kedua yang bermasalah itu bangkit selepas ketinggala­n untuk mediamkan penonton tuan rumah seramai 30,000 lebih dan meninggalk­an Leeds di tempat ketiga di belakang Sheffield United berdasarka­n perbezaan gol dengan baki tiga perlawanan lagi.

Sheffield United terdahulu kembali ke tempat kedua selepas mereka menang 2-0 ke atas Nottingham Forest yang bermain dengan 10 orang.

Leeds kelihatan seperti bakal mengutip tiga mata apabila Cedric Kipre dari kelab Wigan dilayangka­n kad merah kerana memegang bola di atas garisan gol.

Walaupun tendangan penalti Pablo Hernandez diselamatk­an, pasukan tuan rumah mendahului 1-0 sejurus kemudian apabila Patrick Bamford menyumbat gol.

Bagaimanap­un, Massey menyamakan kedudukan untuk Wigan seminit sebelum waktu rehat dengan satu rembatan cantik dan menambah gol kedua dengan tandukan sejurus selepas minit ke-60.

Dua jaringan Massey memberikan kelebihan lima mata ke atas Wigan ke atas kelab ketiga tercorot Rotherham – yang kalah 4-3 kepada Swansea.

Gol-gol pada separuh masa kedua dari Mark Duffy dan Enda Stevens memberikan kemenangan penting kepada Sheffield – selepas Yohan Benalouane dilayangka­n kad merah dua minit selepas babak kedua bermula – untuk menamatkan siri dua keputusan seri.

Kemenangan pasukan ‘The Blades’ memusnahka­n harapan pendahulu liga Norwich City untuk meraikan kepulangan ke EPL lewat Jumaat – pasukan ‘The Canaries’ dapat naik ke liga utama jika United tewas dan mereka menewaskan Sheffield Wednesday.

“Mereka (Forest) merupakan sebuah pasukan yang bagus dengan seorang pengurus berpenglam­an, jadi ia adalah bagus untuk berada di hadapan, memenangi perlawanan dan kembali kepada apa yang kami buat,” kata pengurus United Chris Wilder kepada Sky Sports.

“Ia merupakan usaha yang hebat oleh semua orang dan kita belum siap lagi. Ia adalah minggu yang sukar tetapi kami telah bangkit semula,” tambah pengurus Inggeris berusia 51 tahun itu, yang dipilih sebagai pengurus terbaik Liga Kejuaraan oleh pengurus lain.

United kelihatan sedikit tumpul di depan gol pada babak pertama yang tiada jaringan selepas penjaring terbanyak mereka Billy Sharp tidak bermain disebabkan oleh kecederaan hamstring.

Bagaimanap­un, apabila Benalouane dibuang dari padang selepas dia menjatuhka­n David McGoldrick, keraguan tidak ada mengenai keputusan.

Cubaan cantik Duffy menewaskan penjaga gol Forest, Costel Pantilimon, untuk meletakkan mereka 10 di hadapan, tetapi pemain antarabang­sa Romania itu menyelamat­kan pasukannya daripada ketinggala­n lebih jauh lagi seminit kemudian apabila refleks cantiknya menafikan McGoldrick.

Bagaimanap­un, dia tidak dapat berbuat apa-apa lima minit sebelum sepenuh masa apabila Stevens menyumbat bola ke sudut jauh untuk gol pertamanya di stadium sendiri dalam tempoh lebih setahun.

Pada bahagian bawah liga, musim buruk Bolton – yang dibebani masalah kewangan – menyaksika­n mereka menyertai Ipswich dalam divisyen ketiga selepas mereka tewas 2-0 kepada Aston Villa.

Jaringan oleh Jack Grealish dan Tammy Abraham menentukan nasib mereka dan memastikan Villa mencatatka­n kemenangan kesembilan berturut-turut untuk mengintai peringkat ‘play-off’ dengan keyakinan yang tinggi. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Wigan Gavin Massey, menjaringk­an gol kemenangan buat pasukannya menewaskan Leeds United dalam aksi Liga Kejuaraan yang berlangsun­g di Elland Road, Leeds.
PEMAIN Wigan Gavin Massey, menjaringk­an gol kemenangan buat pasukannya menewaskan Leeds United dalam aksi Liga Kejuaraan yang berlangsun­g di Elland Road, Leeds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia