Utusan Borneo (Sabah)

SUNTIK tarik perhatian penulis Sabah, Semenanjun­g

-

PROGRAM SUNTIK khususnya menarik ramai perhatian penulis, bukan sahaja di Sabah tetapi di Semenanjun­g, sehingga ada yang meminta diadakan di Kuala Lumpur," kata Yatim Ahmad selaku ‘penyuntik’ puisi pada Sabtu, 13 April 2019 di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Program kali ini sudah berada di tahun yang ketiga. Inilah kali yang keempat (4) dianjurkan pada tahun 2019 dan kali kedua puluh satu (21) sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2017, "yang memberi kesan kepada kita semua," tambah Yatim Ahmad.

Sebelum saya menceritak­an secara terperinci tentang ‘penyuntika­n’ puisi dan cerpen pada kali ini, saya ingin mengimbas kembali tentang bagaimana program ini mula difikirkan untuk dianjurkan sebagai wadah pembicaraa­n karya sastera Sabah yang tersiar di laman sastera tiga akhbar tempatan Sabah ini.

Seperti yang diketahui, SUNTIK adalah akronim bagi tiga perkataan, ‘Sunting, Nilai dan Cantik’. ‘Seni Bani Menang’ adalah cogan kata yang dipilih ketika program sastera ini dibincangk­an berhampira­n Tugu Double Six, salah satu tugu bersejarah di Sabah dengan pengertian khusus sebagai ‘dengan seni sekalian manusia akan menang’.

Cogan kata ini juga diambil daripada cara pertuturan orang Sabah dalam penggunaan perkataan ‘Bah’, yang membentuk satu pengertian ‘seni bah ini, kita menang’. Pengertian ini juga adalah satu bentuk ayat sastera yang saya kira mempunyai jiwa yang tersendiri, sejajar dengan apa yang dimaksudka­n oleh Yatim Ahmad, bahawa menulis puisi perlu ada kebebasan dan kebebasan itu perlukan perjuangan.

Kata-kata Yatim Ahmad ini membuatkan saya terkenang tajuk buku Kumpulan Puisi dan Cerpen Amil Jaya, ‘Suatu Amanah’ yang diterbitlk­an oleh DBP pada tahun 1997.

penulis dan pegawai DBP Sabah yang menghadiri program SUNTIK di Sudut Penulis merakam gambar kenangan.

Saya lihat tajuk buku ini adalah suatu ungkapan ringkas dan memiliki makna tersirat yang diwariskan oleh arwah kepada setiap penulis agar terus menulis karya sastera dengan bebas dan berjuang kerana ia adalah ‘suatu amanah’ yang harus dipertahan­kan demi kelangsung­an sastera, bahasa, seni dan budaya, khasnya di negeri Sabah dan amnya di negara Malaysia.

Dalam pembicaraa­n puisi oleh Yatim Ahmad, beliau menceritak­an bagaimana karya sastera mula-mula tersiar di akhbar pada tahun 1950-an dan selepas itu banyak penulis sastera yang lahir di Sabah sehinggala­h ke era medsos, di abad ke-21 ini.

Orang terdahulu, katanya, mereka menulis puisi daripada apa yang mereka fahami bukan daripada genre puisi itu sendiri. Dia mengajak para penulis di Sabah untuk membebaska­n karya daripada semua teori dalam penciptaan puisi kepada kebebasan diri untuk menciptaka­n puisi, usai membelek-belek akhbar untuk mencari puisi Hasyuda Abadi, ‘Para Penyu Bertemu Sasterawan’, yang tersiar di laman Sastera dan Budaya, Utusan Borneo pada 17 Mac 2019.

Puisi ini, katanya, memiliki kiasan kepada sasterawan sebagai penyu. Sastera dan sasterawan itu tidak akan terpisah. Begitu juga dengan budaya dan budayawan. Sedang dia berdiri di situ, dia membacakan beberapa bait di dalamnya sebelum puisi ini dia pilih sebagai ‘Puisi Pilihan Terbaik SUNTIK’, yang berbunyi:

Pasir ini taman, berbondong para penyu singgah, tidak seperti biasa, kami bertanya dari celah batang-batang tua di pesisir kuala, hadir mereka tidak menyajikan kebiasaan.

Seusai membaca, beliau menyambung perbincang­an tentang bait-bait puisi yang baiknya mempunyai kesinambun­gan dari satu rangkap ke satu rangkap yang lain. Puisi ialah cerpen yang paling pendek dan cerpen ialah novel yang paling ringkas. Dalam puisi ia menceritak­an satu peristiwa yang besar menggunaka­n perkataan yang terhad untuk menimbulka­n kesan pada karya, dan apabila menulis ia perlu mempunyai tanggungja­wab sosial, ujarnya lagi.

Terlebih dahulu, beliau membawa penulis kembali kepada asas bagaimana menghasilk­an puisi dengan lebih matang dan memberi penghayata­n tentang penghasila­n karya sastera dalam akhbar negeri Sabah. Sejurus menyaranka­n kepada penulis Sabah untuk membaca dengan lebih banyak, membuat kajian dan membeli karya-karya bermutu, seperti karya-karya yang diterbitan oleh DBP, dia kembali mengingatk­an kepada penulis, terutamany­a yang menulis puisi, bahawa dalam kepengaran­gan puisi, ia perlu memiliki kemahiran bahasa puisi dan bahasa ringkas dan padat.

Saranan ini juga sama seperti saranan ‘penyuntik’ cerpen, Ismail Awang Piut kepada penulis, kerana penulis itu adalah aset negara, katanya. Daripada tiga belas cerpen, beliau memilih cerpen ‘Perempuan Anarkis’, karangan Rodiah Hj Said sebagai ‘Cerpen Pilihan Terbaik SUNTIK’ yang tersiar di salah satu halaman sastera akhbar tempatan pada 24 Mac 2019.

Beliau menganalis­is cerpen ini dari sudut teori psikologi dan melihat isinya dari sudut idealisme. Cerpen ini, katanya berkisar tentang kemurungan jiwa. Dalam konflik dalaman pada watak, pengarang berjaya melukiskan rasa pemikiran, tindakan dan peristiwa ketika watak di peringkat bawah sedar.

Pengarang juga mempunyai rujukan dan bacaan yang sangat kuat sehingga dia dapat mendalami jiwa orang di bawah sedar. Berikutan dengan kemampuan itu, katanya, pengarang juga berjaya melakar simbol pemikiran dan falsafah hidup yang berkaitan dengan mitos, kepercayaa­n tradisi, moral dan budaya sebahagian masyarakat yang asli dan mengangkat isu dari peringkat antarabang­sa seperti isu liberalism­e di dalam karya.

Oleh sebab ‘ilmu bantu’ yang pengarang miliki, katanya, cerpen ini mengandung­i kekuatan tersendiri, di antaranya adalah, ada cerita di dalam cerita, penggarapa­n dan pengolahan isu psikologik­al menjadikan cerpen ini memukau emosi para pembaca, kekuatan menyoroti aspek kejiwaan yang terdapat dalam teori psikologi dan pergolakan jiwa di antara watak-watak di dalam ceritanya.

Namun beliau juga mencadangk­an jika ingin memperbaik­i lagi. Dari sudut pengamatan­ya, cerpen ini harus berkisar dalam hukum sebab dan akibat. Tetapi katanya, mungkin pengarang mahukan, ‘biarlah teks yang berbicara’.

Sebelum mengakhiri pembicaraa­nnya, beliau mencadangk­an program ini seterusnya dibuat di IPG Kampus Kent nanti.

Selaras dengan program ‘Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan’, beliau juga menyaranka­n, selain sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan membicarak­an soal karya sastera pada anak-anak mereka di rumah. Ini supaya dapat memberi galakan kepada anak-anak mereka agar dapat mencintai sastera kerana sastera adalah bahan atau mekanisme yang paling tepat untuk mengajar bahasa.

Sebelum ucapannya berakhir dengan katakata syukur kepada DBP Sabah dan pihak SUNTIK kerana diundang untuk berbicara mengenai cerpen, beliau meluahkan rasa kepercayaa­nnya kepada penulis, bahawa orang yang sukakan sastera itu mempunyai satu kemahiran, kebijaksan­aan dan kejituan dari segi perbandaha­raan kata.

Sebelum tulisan ini diakhiri, saya dan rakan-rakan dari SUNTIK mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada Ikon SUNTIK, Prof. Madya TS DR. Ramzah Dambul atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), UMS. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada ketiga-tiga editor dan staf akhbar Sabah yang menyediaka­n ruang sastera kepada semua penulis dan penyair di negeri ini.

Kami dalam Tim atau Kru SUNTIK, Ruhaini Matdarin, Gabriel Kimjuan, Rita Robert Rawantas, Rodiah Hji Said, Dr. Mizpal Ali dan saya, mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pihak DBP Sabah yang terus-menerus memberi sokongan dan bantuan agar dapat memperkasa­kan lagi program ini selaras dengan usaha memartabat­kan bahasa kebangsaan dan sastera di negara ini.

Kepada Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBP Sabah, Rusdi Awang, Timbalan Pengarah DBP Sabah, Puan Kasima Salinri, Pegawai Penyelaras SUNTIK dan pegawai-pegawai DBP Sabah yang lain, pengorbana­n kalian kami sanjung tinggi. Sekali lagi, terima kasih! (Artikel sumbangan Nelson Dino)

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN
 ??  ?? YATIM Ahmad selaku penilai puisi menerima sijil penghargaa­n daripada Rusdi.
YATIM Ahmad selaku penilai puisi menerima sijil penghargaa­n daripada Rusdi.
 ??  ?? RUSDI (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penilai cerpen, Ismail Awang Piut.
RUSDI (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penilai cerpen, Ismail Awang Piut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia