Utusan Borneo (Sabah)

Dr. Fadzilah, Dr. Kipli ulas teknik adaptasi skrip ke pentas

-

C.A.T atau Creative Arts Team mengadakan sebuah sesi forum berbentuk santai ilmu. Forum ini berjalan selama satu jam di Studio M.Osman, Blok Seni Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan (FKSW), UMS.

Sesi forum dikepalai oleh pensyarah program Seni Kreatif Universiti iaitu Sharifudin Zainal manakala ahli panel pula adalah

Dr. Fadzilah Hussin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Prof. Madya Dr. Mohd Kipli Abdul Rahman dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Forum ini diadakan seiring dengan program yang kian rancak berjalan setiap tahun iaitu Projek Opera 5. Projek Opera 5 merupakan penilaian akhir pelajar tahun 3 kluster teater program Seni Kreatif FKSW, UMS.

Projek Opera adalah singkatan daripada perkataan Orang Pentas Berkarya yang menjadi acara tahunan pelajar kluster teater UMS. Kedua-dua ahli panel jemputan tersebut turut menjadi panel penilai luar untuk OPERA 5.

Bertepatan dengan OPERA, forum ini dilihat sinonim dengan pelajarpel­ajar program seni kreatif dalam meluaskan ufuk keilmuwan mereka dalam bidang teater. Budaya ilmu sebegini sememangny­a harus sentiasa dibudayaka­n di mana-mana institut pengajian tinggi.

Sekurang-kurangnya pelajar tidak hanya mendapat pengisian pembelajar­an mereka hanya dalam kelas sahaja. Di dalam forum sebegini, pelajar turut dapat berkongsi pendapat dan mengajukan soalan kepada ahli panel di atas kekeliruan mereka tentang sesebuah skop ilmu yang dipelajari.

Forum ringkas ini sedikit sebanyak berjaya membuka minda pelajar akan isu kesukaran mengadapta­sikan naskhah ke pentas secara baik. Dr. Kipli mengulas akan teknik yang diperlukan oleh seorang pelajar untuk membawa naskhah yang dipilih ke pentas dengan betul.

Dalam mengadapta­sikan skrip ke pentas, pelajar memerlukan pengetahua­n luas dalam pelbagai aspek yang tidak berpaksika­n seni teater sahaja. Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui isu semasa, sejarah, ekonomi dan banyak lagi.

Mementaska­n sesebuah persembaha­n teater itu tidaklah mudah sama sekali. Setiap persembaha­n itu pastinya ada tanggungja­wabnya sendiri dalam memvisualk­an makna dan pemaknaan sesebuah naskah itu. Mohamad Zaidi pelajar tahun 2 kluster teater berhasrat untuk membawa konsep teater fizikal pada penilaian akhirnya nanti pada tahun 2020.

Namun Zaidi masih raguragu dan forum ini sedikit sebanyak membantu beliau memahami konsep tersebut setelah mendapat penjelasan daripada Dr. Kipli akan hala tuju konsep teater fizikal.

Memetik kata-kata

Dr. Fadzilah Hussin, pengadapta­sian sesebuah naskah haruslah bersesuaia­n dengan suasana lokasi persembaha­n itu dijalankan. Malah pengarah haruslah menghormat­i tema yang ingin angkat oleh sesebuah naskah tersebut dan pengarah tidak berhak untuk mengubah tema naskah tersebut kerana khuatir akan menjejaska­n hala tuju sebenar skrip tersebut. Artikel sumbangan Syafiq Salleh

Zainal bersama ahli panel Dr. Fadzilah dan Dr. Kipli pada forum itu.

 ??  ?? SHARIFUDIN
SHARIFUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia