Utusan Borneo (Sabah)

Nasib mangsa kebakaran Uma Bawang terus dapat perhatian

SOPB sampaikan derma RM12,600, wakil rakyat turut turun padang

-

MIRI: Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) tampil membantu mangsa kebakaran di Uma Bawang, Skim Penempatan Semula Sungai Asap, Belaga dengan menghulurk­an derma berjumlah RM12,600.

Derma disampaika­n Pengurus Estet Ricky Pudang Bit ketika lawatan di kediaman tersebut yang terletak 10 kilometer dari estet syarikat.

Beliau ditemani pengurus estet dan kilang dari kawasan Sepakau.

“Sumbangan adalah daripada Tabung Bantuan Bencana syarikat yang diharap dapat mengurangk­an beban mangsa mendapatka­n keperluan harian,” kata

“Sumbangan adalah daripada Tabung Bantuan Bencana syarikat yang diharap dapat mengurangk­an beban mangsa mendapatka­n ” keperluan harian

RICKY PUDANG BIT Pengurus Estet SOPB Ricky.

Lebih 400 penduduk tinggal sehelai sepinggang setelah dua blok kediaman mereka ranap dalam kebakaran pada petang Isnin lalu.

Ia adalah komitmen berterusan syarikat untuk memberi balik kepada masyarakat seiring ‘tagline’ tanggungja­wab sosial korporatny­a ‘Kita Membangun Bersama Masyarakat Tempatan.’

Sementara itu, tiga wakil rakyat turut turun padang untuk melawat mangsa kebakaran Uma Bawang

Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga Datuk Liwan Lagang dan Adun Murum Kennedy Chuk Pai Ugon meninjau dan berjumpa dengan mangsa kebakaran di Uma Bawang, Sungai Asap pada Khamis.

Pada tinjauan tersebut, Wilson menyampaik­an sumbangan RM20,000 kepada 96 keluarga di rumah panjang 44 pintu yang musnah sama sekali dalam kebakaran baru-baru ini.

Manakala, Kennedy menyumbang sebanyak RM44,000 dan Liwan menyumbang RM15,000 kepada penghuni rumah panjang terbabit.

Wilson turut meminta Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya memberi keutamaan kepada pembinaan balai bomba kategori E di kawasan Sungai Asap dengan segera untuk menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya kebakaran.

Dalam perkembang­an sama, turut menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran ialah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri.

Sumbangan RM10,000 disampaika­n Ahli Parlimen Miri Dr Micheal Teo yang juga Ketua PKR Miri kepada Timbalan Ketua Wanita PKR Hulu Rajang Lily Laga.

Lily hadir mewakili Ketua PKR Hulu Rajang Abun Sui Anyit.

Justeru, orang awam dan swasta diseru tampil menghulur derma meringanka­n beban mangsa.

Selain bantuan kewangan, mangsa turut memerlukan bantuan makanan, pakaian, barangan dapur serta keperluan sekolah untuk pelajar.

Mereka yang ingin menghulur derma boleh menghubung­i Abun menerusi talian 016-8881502 atau kepada PKR Hulu Rajang.

 ??  ?? RICKY (empat kanan) menyampaik­an cek kepada wakil penduduk, Tonny Atik ketika lawatan kakitangan SOPB di Uma Bawang, baru-baru ini.
RICKY (empat kanan) menyampaik­an cek kepada wakil penduduk, Tonny Atik ketika lawatan kakitangan SOPB di Uma Bawang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia