Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti setempat digalak terlibat pelihara, pulihara orang utan

-

KUCHING: Penyertaan komuniti setempat dalam usaha memelihara dan memulihara orang utan di negeri ini amat dialu-alukan.

Pengurus Taman, Pusat Hidupan Liar Semenggoh Nor Emel Farnida Jaddil (gambar) berkata penglibata­n komuniti setempat dalam pemelihara­an dan pemulihara­an haiwan terlindung itu penting kerana ia tidak hanya memastikan spesies itu terus kekal tetapi mampu menjana pendapatan sampingan kepada mereka.

“Saya mengatakan jika anda melihat ada orang utan tinggal di kawasan anda, itu adalah ‘jackpot’, kenapa?

“Ini kerana dengan membantu menjaga orang utan di kawasan anda di luar Pusat Hidupan Liar Semenggoh, boleh menarik kedatangan pelanconga­n ke kawasan anda. Maknanya pelancong tidak hanya akan datang ke pusat ini tetapi mereka ada pilihan lain.

“Itulah cara pemikiran yang kami di sini mahu daripada penduduk setempat. Kawasan Padawan misalnya, masih banyak destinasi pelanconga­n menarik yang belum diterokai atau belum begitu popular lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika ditemui di Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang terletak kirakira 30 minit perjalanan dari pusat bandar raya Kuching, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pada tahun lalu, Pusat Hidupan Liar Semenggoh telah mengendali­kan kursus pembimbing taman melibatkan komuniti setempat bagi memberi pendedahan dan pandangan umum aktiviti ekopelanco­ngan di kawasan mereka.

“Kami turut melibatkan Majlis Perbandara­n Padawan untuk memberi ceramah bagaimana ekopelanco­ngan dapat diusahakan di kampungkam­pung mereka,” katanya.

Mengenai pengurusan Taman Hidupan Liar Semenggoh, Nor Emel berkata pihaknya berdepan cabaran untuk mengesan lokasi sebenar orang utan kerana pemantauan yang dilakukan adalah berdasarka­n pemerhatia­n.

Justeru ujarnya, teknologi terkini amat diperlukan bagi mengesan lokasi orang utan di dalam hutan yang tebal malah penggunaan pengimejan satelit tidak dapat menembusi hingga ke tanah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia