Utusan Borneo (Sabah)

HIKMAH rancang wujud institusi pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah

-

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk mewujudkan institusi pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, ia bagi menyediaka­n peluang kepada anak Sarawak terutamany­a dari kalangan masyarakat Islam mendapatka­n pendidikan berteraska­n agama.

Malah jelasnya, ia bagi menyediaka­n peluang kepada pelajar HIKMAH untuk meneruskan pendidikan ke peringkat rendah dan menengah.

“Pada masa ini HIKMAH masih lagi menyediaka­n pendidikan di peringkat tadika dan memang ketahui umum kita sememangny­a mempunyai perancanga­n untukmener­uskanusaha­dalam mewujudkan pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penangguha­n Kolokium Dakwah dan Kepimpinan Islam yang disempurna­kan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di sini, pada Jumaat.

Pada masa sama, Abang Shibli yang juga Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berkata, HIKMAH bersama TBS turut menjalinka­n kerjasama dengan institusi pengajian tinggi Islam dalam membantu pelajar terpilih melanjutka­n pengajian mereka dalam bidang Islam.

“Justeru, menjadi harapan kita agar masyarakat setempat khususnya masyarakat Islam sentiasa menuju ke hadapan dari segi pelbagai aspek.

“Malah, apa yang lebih penting keharmonia­n dan perpaduan serta kelangsung­an kita di Sarawak dapat diteruskan dengan suasana hidup dalam masyarakat majmuk,” tambahnya.

Menyentuh tentang bangunan baharu HIKMAH seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kelmarin, Abang Shilbi berkata, ia akan menjadi pusat penyatuan pemikiran Islam dengan kerjasama beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini.

“Alhamdulil­lah, usaha kita telah mendapat sokongan dan sambutan yang mana HIKMAH pada masa ini memerlukan landasan yang lebih kukuh lagi termasuk menambah baik infrastruk­tur ibu pejabat dan juga dewan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia