Utusan Borneo (Sabah)

Asagiant dari SMK Asajaya juara ‘Young Maker Challenge 2019’

-

KUCHING: Kumpulan Asagiant dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya dinobatkan sebagai juara pertanding­an ‘Young Maker Challenge 2019’ (YMC) yang diadakan di American Corner Pustaka Negeri Sarawak, pada Khamis.

Kumpulan itu yang menampilka­n reka cipta bertajuk ‘Pest Control and Arduino Watering System’ berjaya menambat hati para juri.

Manakala, naib juara pertanding­an ialah Expo Abdillah dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

Sehubungan itu, Asagiant dan Expo Abdillah akan mewakili Sarawak ke pertanding­an YMC peringkat kebangsaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 2 Mei depan.

Selain kedua-dua sekolah terbabit, peringkat akhir pertanding­an YMC negeri Sarawak turut menyaksika­n penyertaan daripada SMK Kota Samarahan dan SMK Wira Penrissen.

Menurut Ketua Juri Prof Madya Dr Hushairi Zen dari Fakulti Kejurutera­an, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kesemua projek yang dipersemba­hkan oleh peserta adalah sangat baik.

Namun katanya, projek yang dipilih memenangi pertanding­an itu adalah projek yang mempunyai nilai komersial tinggi.

YMC merupakan pertanding­an reka cipta inovasikre­atifyangdi­anjurkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai penganjur utama dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan disokong oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Tujuan utama pertanding­an ialah memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Kesenian dan Matematik (STEAM), terutama mereka dari keluarga B40.

Terdahulu, Pengarah Projek YMC Prof Madya Dr Kartinah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS dalam ucapannya berasa kagum dengan pencapaian semua kumpulan pelajar yang berusaha mempelajar­i teknik pengaturca­raan Arduino serta boleh menghasilk­an projek mereka dalam tempoh tiga minggu sahaja.

UNIMAS merupakan rakan penganjuru­ntukpertan­dingan YMC peringkat negeri yang turut disokong oleh kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak dan Yayasan Sarawak.

 ??  ?? BARISAN pemenang merakam kenangan bersama.
BARISAN pemenang merakam kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia