Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan harus semai perwatakan baik, prinsip murni

-

KUCHING: Insan berpendidi­kan perlu mempunyai perwatakan yang baik dan mempunyai prinsip diri yang murni, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Beliau berkata, pendidikan itu harus digunakan sebagai ‘senjata’ dalam pembanguna­n individu dan negara secara positif.

“Kita ambil contoh, seorang saintis boleh membina nuklear dan membunuh beribu-ribu manusia, tetapi pada masa sama, beliau juga boleh mengambil nilai yang baik dan mencipta penawar berupaya menyembuhk­an penyakit manusia.

“Tidak ada guna sekiranya anda berpendidi­kan, tetapi tidak mempunyai karektor, nilai dan prinsip kehidupan yang baik kepada sesama insan.

“Layani semua sepertiman­a anda mahu dilayan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pendidikan di pusat beli-belah Plaza Merdeka di sini, pada Jumaat.

Dr Yii berkata, kejayaan negara bukan sahaja bergantung kepada kekayaan sumber asli atau bangunan pencakar langit, tetapi pengetahua­n dan tingginya pendidikan rakyatnya.

“Sebuah negara yang kaya adalah rakyatnya yang mempunyai kekuatan minda, kuasa berfikir dan semestinya menerusi pendidikan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan Wong King Wei berkata, Malaysia kini berada di tangga ke-123 selepas Singapura dalam Indeks Kebebasan Media Sedunia.

Perkara tersebut katanya, telah didedahkan di Putrajaya pada Khamis.

“Semenjak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara untuk beberapa bulan, kita telah melakukan beberapa perubahan termasuk kebebasan bermedia.

“Dahulu, kita berada di tangga ke-150 daripada 180 negara tetapi sekarang dalam tempoh kurang setahun, PH telah berjaya meletakkan negara di tangga ke123 kebebasan media.

“Ini bukan sahaja baik untuk pendidikan rakyat tetapi bertujuan untuk membina sebuah masyarakat berbudaya, mempunyai prinsip serta falsafah dan berperwata­kan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Brilliant Inspiratio­n Academy Sdn Bhd Datuk Kelvin Sim yang juga penganjur karnival berkenaan berkata, penganjura­n itu bukan sekadar pameran pendidikan semata-mata.

Menurut beliau, pihaknya mahu membantu lepasan sekolah mencapai bakat dan kemahiran yang dimiliki mereka sekali gus menambah nilai pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Banyak masalah sosial wujud seperti diskrimina­si jantina, perbezaan agama dan sebagainya kerana kekurangan ilmu pengetahua­n.

“Dengan adanya pendidikan, mereka akan lebih bermakluma­t dan berupaya untuk bermandiri dan bersama masyarakat lain dalam keadaan yang lebih harmoni dan bertoleran­si,” katanya.

 ??  ?? KELVIN (tengah) merakamkan kenangan bersama Dr Yii (dua kanan), Wong (kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.
KELVIN (tengah) merakamkan kenangan bersama Dr Yii (dua kanan), Wong (kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia