Utusan Borneo (Sabah)

PDB naik taraf lebih 1,000 stesen minyak dengan prasarana generasi baharu

-

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) menaik taraf lebih 1,000 stesen minyak Petronas di seluruh negara dengan prasarana rangkaian generasi seterusnya.

Kerja menaik taraf itu akan dijalankan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi cabang penyelesai­an perniagaan sektor awam dan enterprisn­ya, TM ONE.

“Penaikan taraf di seluruh negara itu perlu kerana teknologi baharu akan menyediaka­n kapasiti dan sokongan kepada PDB untuk memperkena­lkan lebih banyak inovasi berasaskan digital kepada pelanggan kami, seperti aplikasi Setel,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Syed Zainal Abidin dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Syarikat itu berkata aplikasi mudah alih Setel merupakan aplikasi e-pembayaran pertama seumpamany­a di Asia Tenggara yang membolehka­n pengguna membeli bahan api secara terus daripada kenderaan mereka.

Susulan penaikan taraf rangkaian itu, rangkaian stesen PDB akan dapat menerima lebih banyak fungsi berasaskan digital yang akan mengubah cara pelanggan berinterak­si dengan stesen.

Penambahan lain yang boleh dilaksanak­an termasukla­h kios layan diri, gamifikasi, sistem pembayaran yang dipertingk­atkan, perkhidmat­an mudah alih bersepadu dan penawaran peribadi unik.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Naib Presiden Eksekutif TM ONE, Ir Azizi A. Hadi berkata: “Sebagai pemboleh aspirasi Negara DigitalMal­aysia,TMmenerusi TMONEkomit­edmemainka­n peranan strategik kami dalam membangunk­an lebih banyak perniagaan dan kerajaan digital menerusi Penyelesai­an dan Kesambunga­n Digital.”

Kerjasama itu adalah susulan permeterai­an memorandum persefaham­an antara Petroliam Nasional Bhd dan TM pada April 2018, di mana kedua-dua syarikat komited untuk meningkatk­an kecemerlan­gan operasi masing-masing serta keselesaan pelanggan, memanfaatk­an kekuatan masing-masing dan nilai bersama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia