Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terlepas pandang kawasan pedalaman untuk 5G, kata pakar Korea

-

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia tidak seharusnya terlepas pandang kawasan pedalaman dalam melaksanak­an rangkaian teknologi 5G (generasi kelima), kata Timbalan Pengarah Penyelidik­an dari Yonsei Institute of Convergenc­e Technology, Korea Selatan, Prof Dr Gweon Suncheol.

Beliau berkata percubaan 5G di Korea Selatan memberi tumpuan kawasan pedalaman untuk manfaat penduduk yang tinggal di kawasan itu.

“Penduduk di keduadua kawasan bandar dan di luar bandar sepatutnya mendapat manfaat daripada pembanguna­n teknologi ini,” katanya di luar forum ‘Siri Unjuran Digital 2019: Membentuk Lanskap Digital’ yang diadakan bersempena dengan pameran 5G Malaysia di sini, kelmarin.

Matlamat pameran itu untuk memberi maklumat kepada orang awam tentang bagaimana teknologi 5G boleh memberi kesan dan manfaat dalam kehidupan dan pameran itu akan dibuka dua hari kepada umum bermula semalam.

Gweon berkata, MSC Malaysia boleh menjadi motivasi kepada Malaysia untuk mengubah teknologi 5G, termasuk beralih kepada pertanian pintar dan pembuatan pintar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Forum Promosi Komunikasi Bergerak Generasi Kelima, Jepun (5GMF) Dr Kohei Satoh mencadangk­an kepada pemain industri di Malaysia supaya mempunyai pasaran khusus apabila menawarkan perkhidmat­an yang berkaitan dengan 5G dengan melihat aplikasi ‘killer’ bagi rangkaian 5G.

Applikasi ‘killer’ adalah program perisian dengan antara muka pengguna dianggap sebagai sangat inovatif untuk mempengaru­hi trend pengkomput­eran dan penjualan. — Bernama

 ??  ?? PENASIHAT Pasukan Petugas 5G Kebangsaan, Dr. Tharek Abd. Rahman (dua, kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Teknologi Huawei Australia, David Soldani (kiri), Setiausaha Agung Komunikasi Bergerak Generasi Kelima di Jepun, Dr. Kohei Satoh (dua, kanan) dan Timbalan Pengarah Institut Teknologi Konvergens­i 5G Forum Korea, Prof. Dr. Gweon Suncheal (kanan) selepas forum ‘Digital Outlook Series 2019’ sempena Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya. — Gambar Bernama
PENASIHAT Pasukan Petugas 5G Kebangsaan, Dr. Tharek Abd. Rahman (dua, kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Teknologi Huawei Australia, David Soldani (kiri), Setiausaha Agung Komunikasi Bergerak Generasi Kelima di Jepun, Dr. Kohei Satoh (dua, kanan) dan Timbalan Pengarah Institut Teknologi Konvergens­i 5G Forum Korea, Prof. Dr. Gweon Suncheal (kanan) selepas forum ‘Digital Outlook Series 2019’ sempena Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia