Utusan Borneo (Sabah)

MSAM 2019 dilancar secara rasmi hari ini

-

PETANI: Acara penting Permodalan Nasional Bhd (PNB), Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), yang memasuki edisi ke-20 tahun ini, akan dilancarka­n secara rasminya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Ahad).

Acara itu yang diadakan di Amanjaya Mall di sini, bermula 19 April dan akan berakhir pada 25 April.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata MSAM adalah acara unit amanah tahunan PNB yang penting, berobjekti­f meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia mengenai aspek pelaburan kewangan, dan telah menarik kira-kira 3.8 juta pengunjung sejak mula diadakan pada 2000.

Beliau berkata MSAM bergerak dari negeri ke negeri dan pada tahun kebelakang­an ini telah diadakan di bandar sekunder selepas meliputi semua ibu negeri.

Tahun lepas ia diadakan di Batu Pahat, Johor dan menarik lebih 216,800 pelawat dari negeri itu dan kawasan berjiran.

Abdul Rahman berkata MSAM 2019 diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah dan lokasi Sungai Petani dicadangka­n oleh Dr Mahathir, dan menyasarka­n untuk menarik kira-kira 150,000 pengunjung.

Acara tahun ini juga menyediaka­n pelbagai platform dan aktiviti bagi pelawat untuk meneroka dan memahami perjalanan pelaburan mereka.

“Pameran juga akan diadakan oleh semua syarikat strategik PNB, dengan orang ramai dapat melihat kekuatan syarikat yang mereka melabur, melalui pegangan unit amanah mereka dengan Amanah Saham Nasional Bhd.

“Kami berharap melalui usaha ini, pemegang unit dan masyarakat pada umumnya, akan mendapat kesedaran yang lebih baik mengenai hubungan antara risiko dan pulangan,” katanya.

Bersempena tahun ke-20 MSAM yang juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial korporat PNB, logo baharu telah diperkenal­kan.

Logo itu, Abdul Rahman berkata, mencermink­an kerjasama rapat antara kerajaan, pemegang unit dan PNB, bersama-sama dengan syarikat pelaburann­ya.

Rakan korporat PNB untuk MSAM 2019 ialah Malayan Banking Bhd, Sime Darby Plantation Bhd, S P Setia Bhd dan UMW Holdings Bhd yang berada dalam kategori Rakan Premier.

Sime Darby Bhd, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, MNRB Holdings Bhd, Takaful Ikhlas Bhd, MIDF Bhd, Sime Darby Property Bhd, Perodua dan Heitech Padu Bhd adalah rakan kongsi Rakan Utama, manakala Duopharma Biotech Bhd, Velesto Energy Bhd dan CCM Bhd adalah rakan kongsi Rakan.

Abdul Rahman berkata acara selama seminggu itu akan dipenuhi dengan pelbagai program dan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur seperti Cabaran Pengurusan Kewangan ASNB, Jejak Pelabur Bijak Maybank dan Jejak Pelabur Cilik S P Setia.

MSAM 2019 juga akan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung , termasuk Perodua Aruz, motosikal Honda Dash dan iPhone semasa majlis perasmian.

Sementara itu, mereka yang menyertai pertanding­an ‘e-Peraduan’ berpeluang memenangi, antara lain Ford Ranger 2.2L XLT, Toyota Vios 1.56 dan motosikal Yamaha R25.

Cabutan khas, oleh pempamer, antaranya, Cabutan Rezeki IKHLAS Khas oleh Takaful IKHLAS juga menanti pelawat yang memilih mengambil pelan perlindung­an takaful keluarga pada acara itu.

Mereka layak menyertai cabutan khas dengan tiga pemenang untuk harga utama, iaitu produk unit ASNB bernilai RM5,500, RM4,500 dan RM3,500.

Mereka yang mengambil bahagian dalam pelan perlindung­an takaful am berpeluang untuk memenangi harga utama perlindung­an kemalangan peribadi Takaful Ikhlas dengan tiga penerima, masing-masing akan menerima perlindung­an RM500,000, RM300,000 dan RM200,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia