Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana, IMM meterai MoU bagi program pensijilan kimpalan thermit

-

KUALALUMPU­R:Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Institut Material Malaysia (IMM) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) kelmarin bagi program pensijilan kimpalan thermit, bidang khusus dalam kejurutera­an kereta api.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, program itu akan menjadi yang pertama seumpamany­a di Asia Pasifik.

Beliau berkata program berkenaan membolehka­n Prasarana memperakui kakitangan­nya yang amat berpengala­man terutama dalam kimpalan thermit, sekali gus mengorak laluan kemajuan kerjaya lebih baik dan ganjaran lebih tinggi.

“Platform kukuh dapat disediakan menerusi MoU itu bagi Prasarana meletakkan Pusat Kecemerlan­gan Prasarana (PACE) yang baru ditubuhkan sebagai pusat rujukan dan penyedia latihan berprestij, bukan hanya di Malaysia malah di peringkat antarabang­sa.

“Prasarana memberi harapan tinggi kepada PACE, yang diwujudkan tahun lepas untuk menyediaka­n dan membangunk­an modal insan, latihan dan perundinga­n yang bersifat menyeluruh serta holistik, ke arah memaksimum­kan potensi warga demi kecemerlan­gan industri,” katanya.

Beliauberk­atainimeru­pakan kerjasama pertama pihaknya dengan IMM.

MoU bertempoh tiga tahun itu juga mengiktira­f PACE sebagai Badan Latihan Lantikan (ATB) IMM bagi program latihan kimpalan thermit.

Mengikut MoU itu, PACE akan melaksanak­an empat program pensijilan bagi kimpalan thermit - Program Pensijilan bagi Pengamal Kimpalan Thermit; Program Pensijilan bagi Penyelia Kimpalan Thermit; Program Pensijilan bagi Pemeriksa Kimpalan Thermit dan Program Pensijilan bagi Pakar Kimpalan Thermit.

MoU itu ditandatan­gani oleh Mohamed Hazlan mewakili Prasarana manakala IMM diwakili Presiden, Mohd Azmi Mohd Noor, dengan disaksikan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Muhammad Nizam Alias dan Timbalan Presiden IMM Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah.

Mohd Azmi berkata jawatankua­sa kimpalan IMM dan Prasarana akan bekerjasam­a dalam membangunk­an skim pensijilan untuk pengamal dan pemeriksa kimpalan thermit agar dapat memenuhi keperluan tenaga kerja kereta api semasa.

“Kedua-dua pihak akan merangka piawaian nasional secara bersama-sama bagi kimpalan thermit untuk kereta api,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia