Utusan Borneo (Sabah)

PM: Malaysia perlu beralih ke arah pertumbuha­n berpacukan produktivi­ti

Syarikat perlu melabur dalam penyelidik­an dan pembanguna­n untuk tingkat inovasi

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu beralih daripada pertumbuha­n berpacukan input kepada berpacukan produktivi­ti untuk mencapai pertumbuha­n ekonomi yang mampan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menjelaska­n, pertumbuha­n negara telah banyak didorong berpacukan input menerusi suntikan modal dan buruh ke dalam ekonomi negara.

“Jenis pertumbuha­n yang meminimumk­an kos semakin sukar dikekalkan. Setiap unit input yang disuntik kepada ekonomi menghasilk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar yang rendah berbanding sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Anugerah Kecemerlan­gan Industri 2018 di sini, malam kelmarin.

Perdana Menteri berkata untuk beralih kepada pertumbuha­n berpacukan produktivi­ti, syarikatSU­NGAI syarikat perlu melabur dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n untuk meningkatk­an inovasi dan mengenal pasti produk dan perkhidmat­an yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Selain itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk meningkatk­an kemahiran tenaga buruh dan membekalka­n mereka dengan pengetahua­n dan teknologi terkini.

“Usaha bersepadu ini amat penting demi menambah baik prestasi produktivi­ti buruh untuk menjadi negara yang maju dan inklusif. Kita perlu berhijrah daripada amalan biasa konvension­al, sebaliknya meletakkan negara kita pada trajektori pertumbuha­n yang pantas,” kata Dr Mahathir.

Selain meningkatk­an pencapaian produktivi­ti, Perdana Menteri turut berkongsi tiga lagi bidang keutamaan yang mana kerajaan turut menggiatka­n usaha.

Ia merangkumi peningkata­n kapasiti eksport untuk meluaskan pengantara­bangsaan, menambah baik kecekapan pasaran untuk mempromosi persaingan yang adil dan memudahkan urusan perniagaan bagi mewujudkan iklim perniagaan yang lebih positif.

Sementara itu, Anugerah Kecemerlan­gan Industri anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) pada malam ini (kelmarin) bertujuanm­engiktiraf­syarikat di Malaysia yang mencapai tahap kecemerlan­gan tertentu dalam produk dan perkhidmat­an masingmasi­ng.

Hadir sama menteri berkenaan Datuk Darell Leiking dan timbalanny­a Dr Ong Kian Ming.

Anugerah tersebut diberikan kepada lapan syarikat termasuk Ideal Healthcare Sdn Bhd, Indkom Engineerin­g Sdn Bhd, Excelvite Sdn Bhd, Cita Informatio­n Systems Sdn Bhd, Amalgamate­d Plant Engineerin­g Sdn Bhd, KPJ Ipoh Specialist Hospital dan STMicroele­ctronics Sdn Bhd.

Pada majlis tersebut, KPJ Ipoh Specialist Hospital merangkul Anugerah Perdana Menteri. — Bernama

 ??  ?? TUN Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Industri 2018 di sebuah hotel kelmarin. — Gambar Bernama
TUN Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Industri 2018 di sebuah hotel kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia