Utusan Borneo (Sabah)

Album kompilasi ‘Hinava’

Terapkan nilai tradisi Kadazan dalam penghasila­n muzik

- Artis yang berpadu tenaga dalam penghasila­n album ‘Hinava’

“Salah satu matlamat utama album ‘Hinava’ diinspiras­ikan adalah memartabat­kan Bahasa Kadazan dipersada dunia. Bak kata pepatah ‘Maza Hozou ” Atampasi Boos Tokou’. ANNA STANISLAUS Penyampai radio AtukoiFM siaran Kadazan

KEUNIKAN dalam penghasila­n susunan muzik berkualiti adalah medium utama untuk menarik perhatian pendengar khususnya penggemar irama tradisi tempatan.

Selain menghimpun­kan penggiat seni lama dan baharu, ‘Hinava’ terbitan Pusakag Production juga cerminan kepada penggiat seni dalam memartabat­kan irama tradisi muzik Kadazan.

Idea penghasila­n ‘Hinava’ tercetus sejak tiga bulan lalu dan dijangka menembusi pasaran awal Mei. Pemilihan tajuk album ‘Hinava’ umpama gambaran rasa kepada lagu-lagu terkandung di dalamnya menginterp­retasi genre, rentak lagu serta himpunan artis disatukan sama seperti rasa Hinava yang menggiurka­n dek kerana ramuannya.

Album kompilasi ini menghimpun­kan suara padu Anna Stanislaus, Jeffson Jefrin Sipili, Richard

Micheal, Catherine Vitalis, Fero Minius, Arl Rafy, Alice Marius, Wanda Unggin, Jelita Sitiul & Frandius Tendahal.

Rakaman dan susunan muzik oleh Douglas Henry, ‘Hinava’ memberi inspirasi kepada pendengar dalam bait lirik dialek Kadazan yang mudah difahami.

Susunan lagu duet dan solo tampil dengan keunikan tersendiri, lagu yang terkandung dalam ‘Hinava’ termasukla­h ‘Piginavaan Dito’, ‘Miupus Sogigisom’, ‘Iziau’, ‘Kinoikatan Nu’, ‘Ama Apa Koupusanku’, ‘Toimoon Ku Nopo’, ‘Apatut Zou Nangku’, ‘Id Iso Kalamazan’, ‘Poingandad Diau’, ‘Kalamazan Tadau Kaamatan’, ‘Timpu Koundangan’, ‘Poiho Zou’ dan ‘Piginavaan’.

Selain menjanjika­n kelainan yang tersendiri, lagu asal versi Melayu ‘Hadirnya Dirimu’ nyanyian Qaliysha Mentor dinyanyika­n semula dalam versi Kadazan ‘Kinoikatan Nu’ oleh Anna Stanislaus.

Ciptaan sepenuhnya Ed Widad (Widad Entertainm­ent), Anna mengharapk­an lagu ini mendapat tempat di hati pendengar khususnya pencinta lagu-lagu inspirasi seni.

“Saya sangat teruja dan gembira dengan penghasila­n album ‘Hinava’ bakal terbit bulan hadapan kelak. Selain dapat menyumbang­kan idea dan tenaga, diharap album ini dapat diterima masyarakat tidak kira dari pelbagai suku kaum.

“Salah satu matlamat utama album ‘Hinava’ diinspiras­ikan adalah memartabat­kan Bahasa Kadazan dipersada dunia. Bak kata pepatah ‘Maza Hozou Atampasi Boos Tokou’, “jelas Anna Stanislaus yang juga penyampai radio AtukoiFM siaran Kadazan.

“Bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan bakal tiba Mei hadapan, kolaborasi album ‘Hinava’ adalah gambaran rasa dan cinta kami bukan sahaja kepada bidang muzik malahan kesenian dan budaya yang diterapkan dalam setiap susunan lagu,” jelas Jeffson Jeffrin Sipili penyanyi tempatan juga finalis pertanding­an ‘Carta Lagu Artis Sabah’ (CLAS 12)”.

 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ?? JEFFSON JEFFRIN SIPILI
JEFFSON JEFFRIN SIPILI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia