Utusan Borneo (Sabah)

Drama ‘Kereta Sewa’ lakonan Hairi Safwan isi slot Iris TV3

- Amyza (kiri) dan Hairi dalam ‘Kereta Sewa’.

OLEH kerana inginkan waktu kerja yang fleksibel dan mendapat keuntungan dengan mudah, Hairi Safwan kini mengendali­kan perniagaan kereta sewa. Walaupun nampak mudah, tetapi Hairi perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Ragam-ragam pelanggan Hairi ini dapat dilihat dalam drama terbaharu slot Iris iaitu ‘Kereta Sewa’ yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang hanya di TV3 bermula 9 April 2019 lepas.

Drama yang turut menampilka­n Amyza Aznan sebagai pelakon utama ini mengisahka­n mengenai Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa.

Dia sangat menyayangi keretanya itu kerana itulah satu-satunya punca pendapatan

Ramli. Setiap episod dalam siri ini akan menceritak­an ragam pelanggan yang menyewa kereta Ramli.

Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang. Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungn­ya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin.

Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya akibat kemalangan.

Mereka terpaksa menggunaka­n jalan alternatif yang jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu.

Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunaka­n kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubung­i Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam.

Bukan mudah rupanya menguruska­n kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabka­n keretanya rosak dan menyebabka­n dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya.

Adakah Ramli dapat menyelesai­kan masalah setiap pelanggann­ya?

Jangan terlepas setiap episod ‘Kereta Sewa’ dengan kemunculan pelakon-pelakon popular seperti Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di TV3.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA:
WATAK UTAMA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia