Utusan Borneo (Sabah)

Tersilap pijak pedal, punca kereta langgar dua motosikal

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tersilap pijak pedal, disyaki punca kemalangan sehingga kereta melanggar dua motosikal dan menyebabka­n salah seorang penunggang kini berada dalam keadaan koma.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Ladang Brumas, di sini, kira-kira jam 9.40 pagi Jumaat membabitka­n dua penunggang motosikal, seorang pemandu dan tiga penumpang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Noor Azizulkifl­i Mansor berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta.

“Pemandu itu dipercayai panik selepas melihat dua motosikal di laluan bertentang­an dan mahu memijak pedal brek tetapi terpijak pedal minyak,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata mangsa, penunggang motosikal, 30, yang juga bekerja sebagai penjaga stor di ladang berkenaan terpaksa menanggung kecederaan parah.

Menurutnya, mangsa patah tulang paha, patah tulang tangan kanan, patah bahagian tulang muka dan pendarahan di bahagian paru-paru kiri serta dilaporkan dalam keadaan koma.

“Seorang lagi penunggang motosikal, 36, pekerja ladang, tidak mengalami kecederaan, begitu juga pemandu kereta, peniaga jualan langsung, wanita, 49, yang tidak cedera.

“Penumpang lelaki, 45, tidak cedera, penumpang lain, wanita, 57, luka telinga kiri dan lengan tangan terseliuh, manakala penumpang ketiga, wanita, 20, luka kaki,” katanya.

Noor Azizulkifl­i berkata, siasatan awal polis mendapati keduadua penunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke kawasan perumahan pekerja, manakala kereta ke Bandar Tawau.

Katanya kemalangan itu menyebabka­n mangsa koma tercampak ke tebing parit, manakala seorang lagi penunggang motosikal sempat mengelak namun terbabas ke dalam parit.

“Kereta terlibat pula terseret sehingga pada jarak kira-kira 100 meter dari kawasan berlaku kemalangan dan mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

“Siasatan kes ini masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, serta dikendalik­an oleh Pegawai Penyiasat Trafik Sjn Razlan Razan,” katanya.

 ??  ?? DUA motosikal dilanggar oleh sebuah kereta apabila pemandu kereta dipercayai tersilap pijak pedal minyak.
DUA motosikal dilanggar oleh sebuah kereta apabila pemandu kereta dipercayai tersilap pijak pedal minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia