Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tanggung RM140 juta kos pengangkut­an barangan ke pedalaman

-

KUCHING: Kerajaan memperuntu­kkan sejumlah R M 140 juta untuk menampung kos pengangkut­an barangan keperluan asas ke kawasan luar bandar dan pedalaman di bawah Program Penyeragam­an Harga di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen berkata untuk Sarawak sahaja sejumlah RM80 juta telah diperuntuk­kan.

“Antara barangan keperluan asas yang ditanggung oleh kerajaan dari segi kos pengangkut­an atau penghantar­annya adalah beras, tepung, gula, minyak masak, gas (petroleum cecair) LPG, (petrol) RON 95 dan diesel.

Program ini telah diuruskan melalui tender terbuka dan telahpun dimulakan pada sejak 1 April yang lepas,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini pada Ahad.

Kata Chong, tidak dinafikan harga barangan di kawasan pedalaman agak mahal dan berlakunya ketirisan.

“Oleh itu, kementeria­n sentiasa mengarahka­n kakitangan memantau harga di pedalaman menjalanka­n pemeriksaa­n dari semasa ke semasa agar harga barangan keperluan tersebut terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, kata Chong, bersempena dengan sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang, kementeria­n bercadang untuk melanjutka­n tempoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP).

“Biasanya tempoh SKHMP ini adalah 15 hari, kali ini kementeria­n akan melanjutka­n tempoh tersebut kepada 20 hingga 30 hari.Ini adalah satu langkah untuk mengawal jenis barang keperluan sebagai barangan harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia