Utusan Borneo (Sabah)

Pesara berusia 100 tahun disantuni

-

KUCHING: Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Datuk Seri Borhan Dolah semalam turun padang melawat pesara dan balu pesara kerajaan di negeri ini.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat sendiri keperluan dan pada masa yang sama menyampaik­an bantuan yang diperlukan bagi meringanka­n beban mereka.

Antara yang dikunjungi semalam ialah Ojen Liman di kediamanny­a di Jalan Lumba Kuda di sini yang bersara wajib sebagai Operator Loji di Majlis Perbandara­n Kuching Selatan (MBKS) pada 1 Januari 1975.

Ojen mula berkhidmat di MBKS (dulu dikenali sebagai Majlis Perbandara­n Kuching) pada 1951 selama 24 tahun dan menerima bayaran persaraan sebanyak RM500 lebih sebulan sehingga kini.

“Kita di jabatan amat berbesar hati kerana dapat bersua muka dengan Ojen dan keluargany­a hari ini (semalam) untuk melihat sendiri keadaan serta keperluan sebagai seorang pesara kerajaan.

“Kita berharap kunjungan kita ini dapat mendekatka­n lagi jabatan dengan pesara-pesara kita dan dapat membantu meringanka­n beban menerusi bantuan-bantuan yang kita sampaikan,” katanya.

Pada kunjungan tersebut, Borhan turut menyampaik­an sijil penghargaa­n, kad pesara serta bantuan makanan sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan selain turut meraikan ulang tahun kelahiran Ojen yang ke-100.

Anak sulung Ojen iaitu Sarah, 66, berkata meskipun telah mencapai usia 100 tahun namun bapanya masih sihat dan hanya mengalami sedikit masalah pendengara­n.

Ojen yang telah kehilangan isteri beberapa tahun lepas kini tinggal bersama salah seorang anak lelakinya, Tajuddin di rumah pusakanya di Jalan Lumba Kuda di sini.

Dua lagi anak lelakinya, Hipni dan Harun serta Sarah masing-masing menetap di kediaman sendiri bersama anak dan cucu masing-masing.

Terdahulu Borhan bersama rombongan dari JPA yang lain serta Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching dan Tabung Baitulmal Sarawak turut mengunjung­i seorang balu pesara yang uzur di Jalan Astana dekat sini.

Aishah Md Malbari, 93, merupakan penerima pencen terbitan Allahyarha­m suaminya Sepet Chee yang telah bersara wajib pada 1 Januari 1980 sebagai tukang masak di Jabatan Ketua Menteri dan meninggal dunia pada 16 Julai 1998.

 ??  ?? BORHAN (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n dan kad pesara yang baharu kepada Ojen disaksikan anak-anaknya, Tajuddin (berdiri), Hipni (duduk kiri) dan Sarah (duduk dua kiri).
BORHAN (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n dan kad pesara yang baharu kepada Ojen disaksikan anak-anaknya, Tajuddin (berdiri), Hipni (duduk kiri) dan Sarah (duduk dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia