Utusan Borneo (Sabah)

Barisan exco Johor bakal diumum hari ini, kata Muhyiddin

-

ISKANDAR PUTERI: Barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang baharu dijangka diumum hari ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata senarai itu telah dikemukaka­n serta mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam pertemuan di Istana Pasir Pelangi, pagi Ahad.

“Menteri Besar (Dr Sahruddin Jamal) sudah sampaikans­enaraibari­sanExco yang dijangka dilantik semula esok, dah diperkenan­kan dan saya bersyukur kerana setelah terbentukn­ya barisan Exco maka pentadbira­n negeri akan berjalan lebih lancar,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Dr Sahruddin di pejabat menteri besar di Kota Iskandar, di sini pada Ahad.

Dr Sahruddin yang juga Setiausaha Bersatu Johor dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada Ahad lepas, menggantik­an Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan selepas hanya 11 bulan menerajui kerajaan negeri.

Dilaporkan susulan pelantikan Dr Sahruddin, akan berlaku rombakan Exco Johor dengan beberapa nama dijangka digugurkan.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri meluangkan masa kira-kira sejam bertemu Dr Sahruddin di pejabatnya.

Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh bersama-sama Dr Sahruddin sebelum itu dilaporkan menghadap Sultan Ibrahim bagi mempersemb­ahkan senarai barisan Exco Johor yang baharu.

Mengulasla­njut,Muhyiddin berkata beliau yakin Dr Sahruddin berkemampu­an menerajui kerajaan negeri dengan baik meskipun masih baru dalam kerajaan negeri.

Ditanya mengenai kedudukan Osman sebagai pemangku Pengerusi PH Johor, Muhyiddin berkata perkara tersebut akan diteliti semula oleh pucuk pimpinan tertinggi PH.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia