Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Makan Malam Penyatuan Tenis Sabah pertemukan bekas pemain negeri

- VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, Majlis Makan Malam Penyatuan Tenis Sabah telah berlangsun­g di perkaranga­n Kinabalu Yatch Club (KYC), Tanjung Aru pada Sabtu.

Majlis meriah penuh bersejarah itu dihadiri oleh lebih 50 bekas pemain Sabah yang telah mengharumk­an nama negeri Sabah sekitar tahun 1970-an, 1980-an dan tahun 2000 selain para pelatih Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah.

Mendapat peluang berucap di majlis itu, kesemua yang hadir menyatakan rasa sangat tersentuh diberi peluang untuk bersama-sama dengan sahabat handai yang terpisah sekian lama.

Ada di antara mereka yang telah tidak bersemuka lebih 30 tahun lamanya.

“Peluang pertemuan sebegini tidak akan kami perolehi tanpa kerja keras dan usaha murni Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) yang terus bekerjasam­a padu dan utuh.

“Kami bersama sangat teruja. Pertemuan sebegini mengimbau kenangan lalu dan dalam masa yang sama kami dapat mengetahui perkembang­an rakan-rakan sepermaina­n yang telah terpisah sekian lama.

“Syabas buat STA dan presiden Johnson Koh. Kami berharap program ini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang,” jelas Mahmoud Ali.

Selain Mahmoud, pemain yang menyinar sekitar tahun 1970-an, pemain lain yang turut hadir ialah Timothy Chin (70-an), Ibrahim Ali (80-an), Clare Math dan ramai lagi.

Kesemua mereka masih aktif bermain sehingga ke hari ini.

Idea menganjurk­an majlis penyatuan itu telah diilhamkan bersama oleh Johnson bersama naib presiden STA Christophe­r Lim.

Selepas sesi ucapan, majlis dimeriahka­n dengan hiburan karaoke oleh kesemua yang hadir.-Oleh

 ??  ?? PEMAIN-PEMAIN negeri dan keluarga merakamkan kenangan semasa menghadiri Majlis Makan Malam Penyatuan Tenis Sabah 2019 di perkaranga­n KYC, Tanjung Aru pada Sabtu.
PEMAIN-PEMAIN negeri dan keluarga merakamkan kenangan semasa menghadiri Majlis Makan Malam Penyatuan Tenis Sabah 2019 di perkaranga­n KYC, Tanjung Aru pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia