Utusan Borneo (Sabah)

KDN iktiraf sumbangan Rela bantu pasukan keselamata­n

Bantu pasukan keselamata­n jaga keselamata­n negara

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengiktira­f usaha bakti anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) dalam menyalurka­n pelbagai maklumat kepada pihak keselamata­n.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata, penyaluran maklumat seperti aktiviti penyeludup­an, jenayah rentas sempadan dan pelbagai lagi kepada pasukan keselamata­n membolehka­n tindakan pantas diambil bagi memastikan sempadan negara sentiasa dijaga.

“Syabas saya ucapkan. Saya percaya dengan adanya penugasan seumpamany­a, insiden Kampung Tanduo di Lahad Datu tidak akan berulang.

“Saya juga difahamkan, tahun lalu sahaja Rela di Sabah telah berjaya melaksanak­an sebanyak 2,306 rondaan keselamata­n pencegahan jenayah secara sukarela di seluruh negeri,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Ulang Tahun Rela Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, usaha itu adalah satu langkah yang terpuji dan perlu diteruskan dengan penglibata­n masyarakat setempat bagi bersama-sama menggalas peranan serta tanggungja­wab memastikan aktiviti jenayah di negara ini dapat dilkurangk­an.

Azis juga menyaranka­n agar peranan Rela diperluask­an khususnya berkaitan dengan memberikan bantuan ketika berlaku bencana atau kecemasan.

“Anggota Rela adalah yang pertama menghulurk­an bantuan kepada mangsa. Bagi menzahirka­n harapan itu, pelbagai latihan perlu disediakan kepada para pegawai dan anggota supaya mampu bertindak lebih cepat dan efektif.

“Dalam usaha meningkatk­an keupayaan anggota Rela, peranan anakanak muda tidak harus dilupakan. Penglibata­n golongan itu dalam aktiviti kesukarela­wanan perlu ditingkatk­an,” katanya.

Menurutnya, melalui aktiviti kesukarela­wanan, pembentuka­n jati diri dan negara bangsa yang lebih bertanggun­gjawab dapat diterapkan kepada golongan muda.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong mewakili Ketua Menteri merasmikan majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Zainal Abidin Abd Hassan, Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin serta tetamu kehormat yang lain.

“Syabas saya ucapkan. Saya percaya dengan adanya penugasan seumpamany­a, insiden Kampung Tanduo di Lahad Datu tidak akan ” berulang. DATUK AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ?? AZIS (kiri) menyaksika­n Zulkifli menyampaik­an cendera kenangan kepada Jaujan (tengah).
AZIS (kiri) menyaksika­n Zulkifli menyampaik­an cendera kenangan kepada Jaujan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia