Utusan Borneo (Sabah)

TVET penuhi tuntutan ekonomi

917 graduan dari 27 GiatMara hadiri majlis graduasi

- -Artikel sumbangan Mabulmaddi­n Haji Shaiddin

RUANG Auditorium

Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah dipenuhi oleh graduan GiatMara dan ibu bapa masingmasi­ng, sementara yang lain bersedia menunggu giliran bagi menerima sijil masing-masing.

Penyampaia­n sijil penuh istiadat yang disempurna­kan oleh Pengarah Mara Negeri Sabah Suhaimi Zainuddin itu berkonsepk­an majlis penyampaia­n sijil yang diadaptasi dengan istiadat konvokesye­n institut pemdidikan yang menerapkan nilai seragam, protokol dan istiadat.

Majlis Graduasi GiatMara yang diadakan selama dua hari, iaitu pada Khamis (11 April) dan Jumaat

(12 April) itu, yang melibatkan 917 graduan dari 27 GiatMara di seluruh Sabah, diharapkan mampu memberi impak tinggi ke arah membangunk­an Malaysia sebagai negara maju pada 2050.

Kenyataan itu disuarakan oleh Suhaimi sewaktu berucap merasmikan Majlis Graduasi GiatMara 2019 yang turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Projek dan Senggaraan GiatMara Malaysia Hj Abdullah Chik Ranin serta Pengarah GiatMara Sabah Saflee Ag Damit.

Menurutnya, persepsi bahawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Voksaional) 20 tahun lalu dianggap kelas kedua berbanding aliran akademik dalam kalangan remaja dan belia, tetapi kali ini tanggapan berkenaan sudah jauh berubah kerana TVET diiktiraf di seluruh dunia.

“Pengiktira­fan itu datang berdasarka­n prestasi betapa TVET mampu memenuhi pelbagai tuntutan ekonomi, sosial dan alam sekitar, sekali gus menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi yang adil, inklusif dan mampan,” jelasnya.

Suhaimi turut menjelaska­n sehingga kini, 70 program ditawarkan di GiatMara Sabah yang melibatkan 67 program yang menawarkan Sijil Profesiona­l GiatMara Malaysia manakala tiga program ‘specialize/ advanve’ menawarkan Sijil Kemahiran Lanjutan GiatMara Malaysia.

Tambahnya, sebanyak 66 program GiatMara Negeri Sabah turut ditauliahk­an dengan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, sejajar dalam mendepani revolosi perindustr­ian keempat (Industri 4.0).

“GiatMara sangat relevan dalam memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara. Sejak 33 tahun penubuhann­ya, institusi kemahiran ini menerapkan program pembudayaa­n keusahawan­an dalam kalangan pelatih,” kata Saflee.

Beliau berkata, penyaluran dana usahawan seperti TRIG (Training & Income Generation), Rintis Niaga dan Mobilepren­eur yang dipelopori GiatMara, menyuntik nilai tambah keusahawan­an dalam diri lepasan pelatih GiatMara dalam usaha mewujudkan Golongan Usahawan Teknoprene­ur.

Menariknya, terdapat bekas graduan IPT yang mendaftar masuk ke GiatMara untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran dalam bidang yang diminati, kerana dengan cara itu peluang untuk mereka bersaing dalam bidang pekerjaan terbuka luas.

“Kebolehpas­aran graduan dari institusi kemahiran untuk sektor-sektor pekerjaan sama ada awam dan swasta mencapai 80 peratus, sementara graduan dari GiatMara sendiri hanya memerlukan tiga sehingga enam bulan untuk mendapatka­n pekerjaan,” jelasnya.

Bagaimanap­un, ramai graduan GiatMara yang memilih untuk bekerja sendiri selepas tamat latihan. Bagi mereka, institusi kemahiran itu adalah satu tempat terbaik bagi menambahka­n lagi kemahiran yang mereka miliki sebelum mendaftar masuk ke institusi itu.

Graduan GiatMara Tawau Nur Ezuana Mohd Yunos, pemilik Ez Collection, yang berada dalam 59 penerima Sijil Anugerah Eksklusif GiatMara, berazam untuk memperkemb­angkan lagi perusahaan jahitannya yang dilhatnya mempunyai masa depan cerah.

Beliau berkata, tenaga pengajar GiatMara sentiasa memantau prestasi para pelatih untuk melihat siapa yang benar-benar berpotensi untuk menjadi usahawan lepasan GiatMara yang dikenali sebagai KUG (Kelab Usahawan GiatMara).

“Istimewany­a, pelatih ini akan diberi bantuan peralatan seperti mesin serta latihan dan bimbingan dalam perniagaan dari semasa ke semasa. Maknanya, secara tidak langsung GiatMara bersungguh-sungguh ingin menjadikan bekas pelatihnya sebagai usahawan berjaya,” katanya.

Ditolak permohonan sebanyak tiga kali bukanlah alasan bagi Soulih Ginturun, 53, untuk surut daripada hasratnya memohon menjadi pelatih GiatMara Tawau dalam kursus jahitan F&D (Fashion and Dressmakin­g) meskipun menjangkau usia emas.

Baginya, ilmu dan kemahiran adalah salah satu keperluan dalam apa juga bidang kehidupan, apatah lagi bagi dirinya yang telah lama menceburka­n diri dalam bidang jahitan sejak berpuluh tahun lalu. Malah atas usaha berpuluh tahun itu, dia berjaya membuka kedai jahit di Taman Balung Tawau.

“Tidak ada istilah tidak boleh dalam menuntut ilmu. Peluang yang diberi kerajaan seperti ini patut dimanfaatk­an oleh golongan muda untuk mereka membina profesyen sendiri.

“Saya yang berusia pun mahu terus belajar, kerana salah satu resipi kejayaan ialah berilmu dan berkemahir­an,” jelasnya.

 ??  ?? SUASANA dalam Majlis Graduasi GiatMara yang menyaksika­n para pelatih menanti giliran.
SUASANA dalam Majlis Graduasi GiatMara yang menyaksika­n para pelatih menanti giliran.
 ??  ?? SAFLEE
SAFLEE
 ??  ?? SOULIH
SOULIH
 ??  ?? NUR EZUANA
NUR EZUANA
 ??  ?? EMPAT serangkai dari GiatMara Tawau. Dari kiri: Darma Nawa, Soulih, Nur Ezuana dan Hajerah Mustari.
EMPAT serangkai dari GiatMara Tawau. Dari kiri: Darma Nawa, Soulih, Nur Ezuana dan Hajerah Mustari.
 ??  ?? SEBAHAGIAN graduan GiatMara berkumpul untuk menerima sijil masing-masing.
SEBAHAGIAN graduan GiatMara berkumpul untuk menerima sijil masing-masing.
 ??  ?? SAFLEE bersama para graduan GiatMara pada majlis itu.
SAFLEE bersama para graduan GiatMara pada majlis itu.
 ??  ?? PARA graduan sedang menunggu giliran menerima sijil.
PARA graduan sedang menunggu giliran menerima sijil.
 ??  ?? PARA graduan bersama ibu bapa dalam majlis itu.
PARA graduan bersama ibu bapa dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia